Saturday, January 31, 2009

BERGAYA MENGAMBIL GAMBAR

Mulai hari ini..kita mesti berhati2 dan berwaspada bila mengambil gambar..klaw x..jadik la mangsa mcm pic di bawah ne...kah kah kah..












P/S : kah kah kah...kontrol punggung okey!!...kah kah kah

Friday, January 30, 2009

SALASILAH KELUARGA AYAH PIN

Mesti kamu semua kenal ayah pin siapa..alaa, pemerintah kerajaan langit tu..kah kah kah..ok..kali ni aku bagik salasilah keluarga ayah pin ni..siapa isteri ayah pin..anak2 ayah pin..mesti korang nak tahu kan..jum check..







P/S : Kah kah kah...hampeh!!

KEMBAR OBAMA JADI MODEL IKLAN


lham Anas, lelaki kelahiran Bandung pada 25 Januari 1974, Indonesia yang mirip dengan presiden terpilih us Barack Obama, kini mendadak menjadi kaya raya. Dia kini menjadi model iklan oleh produk farmasi asal Filipina!

"Ketika Obama menang, rakan-rakan saya membuat kejutan. Mereka memakaikan saya dengan pakaian mirip Obama.
Foto itu tersebar sangat cepat di internet.

Kemudian stesen tv dan sebuah agensi iklan menghubungi saya,"

Dia seterunya menandatangani kontrak untuk membintangi iklan produk farmasi Filipina. Dalam iklan itu, dia memegang watak sebagai Obama,

"Saya tidak pernah berpikir bisa menjadi bintang dalam sebuah iklan. Kemudian hal ini terjadi," ujarnya.

Ilham bercerita, "Saat saya transit di Malaysia, seorang lelaki mendekati saya. Dia bertanya, apakah anda Barack Obama? Saya sangat terkejut ketika dia yang beriaya-iaya meminta untuk berfoto bersama dan membelikan saya makanan," kata Ilham sambil tersenyum.

Dalam iklan itu dikisahkan, Presiden Gloria Macapagal Arroyo sedang menjamu "Presiden Obama". Namun jamuan itu malah membuat Obama sakit perut.



P/S : Aku pun patut dapat komisen..sebab aku ada bagik masuk crita ko dan pic ko dlm post aku sebelum ne..kah kah kah...

Thursday, January 29, 2009

LAGU BUAT GAZA - DARI RAKYAT AMERIKA

Sebenarnya, ada juga rakyat amerika yg bencikan peperangan..kita tidak lah boleh membenci rakyat amerika ni 100%..cuma ekonomi mereka telah di pegang oleh pihak yahudi..apa bley buat..seperti ekonomi kita di malaysia pun di pegang oleh bangsa cina..dan saya sendiri akui bangsa cina ni lebih rajin dari kita tipikal melayu yg kebanyakannya pemalas..tapi, bangsa cina ni lebih baik dari yahudi..mereka xda fahaman zionis..kah kah kah...ok di bawah ni video youtube yg aku jumpa..kononnya dari amerika..ntah lar..aku pun tak pasti sgt..mereka jugak memperjuangkan nasib rakyat palestine - gaza...jum check.. :)



WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

P/S : Aku mcm penah dengar jak chorus lagu ne..tapi aku x taw tajuk lagu tuh..chehh...kah kah kah..

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SEKS

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital,David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.

Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%.

Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks.

Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University , Shah Ebrahim mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke.

Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.

Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.

P/S : Aku blum kahwin lagik..mo crita seks mcm mana! adehh..untung la bagik mereka2 yg sudah berkahwin...kah kah kah..

KAJIAN SEKS VS KECERDIKAN

Bahagian ini membincangkan penemuan kajian berkaitan tahap pendidikan dengan aktiviti seksual seseorang. Sebuah majalah di Amerika (American Demographic) melaporkan kajian yang menghubungkaitkan kecerdikan dengan tahap aktiviti seksual yang dijalankan ke atas 10 ribu orang dewasa. Penemuan penting yang dilaporkan di dalam majalah ini ialah secara puratanya semakin cerdik atau semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin kurang aktiviti seksual yang dilakukan atau ingin dilakukan.
.
Kajian di negara barat ini melaporkan bahawa mereka yang berpendidikan dengan kelulusan pasca-siswazah (postgraduate) melakukan seks 52 kali setahun berbanding mereka yang berijazah biasa (undergraduate) sebanyak 61 kali setahun. Juga dilaporkan bahawa lelaki yang bekerja pejabat (9 pagi hingga 5 petang) melakukan aktiviti seks sebanyak 48 kali setahun berbanding lelaki yang bekerja untuk tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih 60 jam seminggu melakukan seks 82 kali setahun.
.
Antara sebab utama bagi perbezaan ketara ini ialah perbezaan tahap hormon testosterone di dalam jenis pekerjaan di atas. Semakin tinggi tahap testosterone, semakin bertambah keinginan seseorang. Juga, hormon testosterone menunjukkan keganasan dan agresif seseorang lelaki. Semakin berat kerja seseorang, semakin banyak hormon ini dirembes dan kesannya semakin hebat keinginannya.
.
Terdapat penulisan yang menyatakan tahap hormon testosterone pada lelaki adalah tinggi ketika waktu pagi (ketika fajar menyinsing) dan rendah sebanyak 30% pada waktu petang.
.
Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Harvard University perlu diberi perhatian oleh semua kerana ianya penting di dalam perhubungan sosial masyarakat. Kajian ini mengukur tahap hormon testosterone pada lelaki bujang dan berkeluarga. Di dapati tahap hormon seks ini adalah tinggi pada lelaki bujang berbanding lelaki berkahwin. Sekiranya berlaku perceraian, tahap hormon seks lelaki ini akan meningkat naik semula. Situasi yang sama juga berlaku pada lelaki yang gemar berpeleseran (tom-catting)(hormon testosterone tinggi) berbanding lelaki yang gemar duduk di rumah bersama keluarganya.
..
Para penyelidik mendakwa tahap hormon testosterone menggambarkan tahap keinginan atau selera terhadap seks. Dari hasil penyelidikan ini, sedikit pelajaran dan pengajaran dapat kita timba di dalam aktiviti sosial kita di dalam masyarakat. Kaum Hawa harus berhati-hati dengan kaum Adam seperti yang digambarkan di dalam penyelidikan di atas. Juga, lelaki-lelaki pendatang yang bersendirian di negara orang (atau berjauhan dari isteri) dan bekerja keras seperti buruh kasar akan memiliki tahap hormon di atas pada kadar yang tinggi (mungkin!? andaian saya berdasarkan fakta-fakta penyelidikan...)

P/S : 52 kali? 61 kali? 48 kali? kalau spm pun x abis?? kalaw org tue tahap pendidikan upsr ja?? ehh..klaw org dulu2 yg x sekolah?? fuhh...365 kali setahun?? atau 365 x 2 = 730 kali setahun?? kah kah kah

Wednesday, January 28, 2009

BAGAIMANA SKIM CEPAT KAYA BERFUNGSI

ok..kali ni biar aku bagik penjelasan bagaimana skim cepat kaya ni berfungsi..banyak member2 aku yg ikut skim cepat kaya nie mintak penjelasan..hampir berbuih mulut aku nak menerangkan..bagaimana skim cepat kaya ( skim ponzi ) ni berfungsi..di sabah ne byk yg putih mata bila skim mirza gemilang ne kena sita..dan selain tu byk lagik skim yg masih berjalan..ty lah, smart profit la, mutiara hijau la..mcm2 la..aku pun x nak taw sgt..ok..demi kebaikan bersama..biar saya terangkan bagaimana sistem ponzi ni berjalan..ok..

kenapa skim2 Ponzi/Piramid ini bukanlah skim pelaburan yang sebenar. Kita akan akan bandingkan Skim Ponzi/Piramid dengan pelaburan Konvensional (Saham/Hartanah/Emas) dan Bank Konvensional . Please keep in your mind that aku bukan Pakar Kewangan/Manager Bank/Pakar Saham. All this discussion berdasarkan pengetahuan yang saya ada daripada pembacaan, pertanyaan dan yang sewaktu dengannya. Don`t ask me evident and papers related. Sudah lama aku baca segala maklumat ini so saya sedikit “malas” nak cari balik. Basically, Skim Ponzi/Piramid ini berfungsi dengan cara: Ahli baru yang masuk akan membayar kepada upline2nya untuk turut serta membuat keuntungan. Di sini, 100% duit tersebut akan di gunakan untuk membayar kepada upline2 nya. Ini adalah definisi dan asas kepada sistem ponzi.

Namun, sistem tersebut amat mudah di kesan dan di kenalpasti Illegal untuk di lakukan/di jalankan. Maka sitem2 ini telah mengalami mutasi di mana ia tidak menunjukkan dengan jelas bahawa duit tersebut di gunakan untuk membayar upline. biasanya duit2 tersebut akan di “hold” dalam satu “pool” yang besar dan a group of mastermind akan mengawal siapa yang dapat dan siapa yang tidak mendapat pulangan.

Terdapat 1 faktor utama yang membolehkan skim ponzi ter-mutasi sebegitu;

Sifat tamak manusia yang tak berkesudahan ; Kita senang terpengaruh dengan “Duit Senang”. Anda masuk->Anda bayar->Anda Goyang Kaki->Anda dapat Duit . Dengan mengeksploitasi sifat ini, kadar kemasukan ahli baru yang ramai dapat menampung pembayaran keuntungan ke upline dan ahli2 lama kerana ramai ahli baru yang masuk kerana terpengaruh dengan janji mendpt untung mudah sangat ramai. dalam erti kata lain: “TAMAK” drive the system. Kerana itulah wujudnya “timeframe” sebelum anda mendapat keuntungan. selalu kita di beritahu bahawa keuntungan yang “fix” (tetap) akan didapati dalam masa2 yang “fix”. Timeframe ini diperlukan untuk menjana kadar kemasukan ahli yang stabil kerana kadar kemasukan ahli baru adalah berkadar terus dengan masa+advetisement campaign. Dengan itu, duit2 daripada kemasukan ahli baru dapat menampung keuntungan pelaburan ahli2 lama. Kadar keuntungan yang biasa di offer adalah dalam peratus % yang tinggi. Kadar ini adalah sangat tinggi untuk masa dan syarat yang di berikan. Untuk menampung kadar pulangan yang besar dalam masa yang singkat, hanya satu cara sahaja dapat melakukannya dalam kadar yang tetap iaitu dengan menggunakan duit ahli baru untk membayar ahli lama. ini kerana kadar kemasukan ahli baru boleh di ramal dan di kawal berbanding sistem pulangan konvensional yang lain (business/saham/dll) .

Sekarang kita dapat lihat bahawa kebanyakan skim2 Piramid/Ponzi alaf baru semuanya memerlukan masa2 yang di tetapkan "timeframe" untuk anda mendapat kembali keuntungan pelaburan anda. Mirza gemilang perlukan masa (6 bulan) dan skim yang lain juga perlukan Masa . Berbeza dengan pelaburan konvensional. Masa yang pelaburan konvensional perlukan adalah untuk menjalankan perniagaan dan seterusnya mendapat keuntungan pelaburan dari situ. Manakala masa yang Skim Piramid/Ponzi perlukan adalah untuk mengumpul ahli2 baru secukupnya untuk memberi pulangan kepada ahli2 lama (upline) . Ia adalah 2 benda yang berbeza walaupon memberi kesan yang sama iaitu memberi Pulangan kpd Pelaburan.

Apa pun, yang penting keputusan di tangan anda. Jika anda mo join, joinla. Jika anda x mo join, x pyh join.Apa pun, aku amat menentang Program2 Skim Ponzi/Piramid/Pak Man Telo tak kiralah ia menyamar dalam bentuk apa.kah kah kah.Jangan tanya aku lagik lepas neh.berbuih sudah mulut aku mo bagik penerangan....adiossss...selamat mencuba !!!!


JIKA ANDA MAHUKAN PENJELASAN DARI BANK NEGARA DAN INGIN MEMBUAT ADUAN SILA PERGI KE LINK DI BAWAH

BANK NEGARA MALAYSIA

PANTAI BUATAN MANUSIA


Agak-agak 'pantai' ni boleh celen Sunway Lagoon tak? Saya tak pasti di mana lokasi pantai buatan ni. Kat atas ni gambar di luar. Kejap lagi saya tunjukkan gambar kat dalam pulak. Tapi bagi negara-negara yang takda pantai, ataupun jauh dari pantai, boleh la melepas gian, rindu dan kempunan di pantai buatan ni.















P/S : Fulamakkkk...tapi ada angin ke tempat ni mcm pantai real...ada ikan? bley cari kerang..ombak2...bley main layang2...bley naik jet ski..bley jual jeruk mangga d tepi2..bley bawak sekeluarga tanpa bayar sesen pun...kah kah kah...mana lagik best..

LAHIR TAHUN 1973-1984

kalau-korang-lahir-pada-tahun-1973-1984

Untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda korang dah tua mcm aku...

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.


Korang mesti ingat twiki kan? bee debe debe deeep


berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sekolah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan ?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

Kasut, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...Warrior,ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak

switch on TV kalau xde remote control.
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa laptop dan handphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan ?

ORANG GEMUK YG SEKSI

eHEhehehe...ada yg cakap org gemuk nie cute..ada yg ckp garang..ada yg cakap x pandai serious...ada yg cakap comel, suara kecik...tapi ada kah org gemuk ni seksi??? kah kah kah...














P/S : Seksi kan...kah kah kah...aku nak buat badan mcm neh...tapi x mampu nak makan byk2..

GAMBAR PENGEBUMIAN MENDIANG KUGAN

Bila lihat gambar-gambar ni... rasa gerun plak dengan keadaan kat Malaysia sekarang. Gambar-gambar ni saya ambil dari Blog Haris Ibrahim .. anda boleh lihat banyak lagi gambar di blog tersebut.

Apa yang anda dapat bayangkan ????. Selamatkanlah Malaysia ku... Harap pihak Polis agar dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya disamping mengawal situasi camnie...

P/S : Alaa..polis sama sahaja..x dapat keja..p la apply jadik polis..sebab gaji ok..syarat cukup tinggi..tangan x bengkok...sasa sikit..muka mcm polis..bley la jadik polis..tapi mereka ni sapa sebelum tu x plak kena amik taw..bekas penagih dadah pun bley jadik polis..tukang rogol bawak anak gadis kesana ke mari pun bley jadik polis..hasilnya, ramai polis yg banggang mcm skarang..mereka ni bukan dari kecik bercita2 jadik polis..tapi desprate teda keja dan jadi polis...so kemana minat utk jadi polis?? tadaaaakkkkk...

PASANGAN BERBOGEL DI TANGKAP


Apa perasaan anda bila mana sedang anda duduk makan kat restoran, tiba-tiba anda didatangi sepasang couple yang tanpa seurat benang pun berjalan dengan selambanya di sebelah anda.... haahahhaahha... Agak-agak tak lama lagi akan wujud ker Nude beach kat sana??... Siap bertepuk sorak lagi diorang...

SINGAPURA - Satu pasangan berjalan dalam keadaan bogel selama 15 minit di Holland Village di sini yang terkenal sebagai lokasi kelab malam.

Seorang pengurus pub, Terence Chia memberitahu akhbar Straits Times, dia melihat pasangan itu menanggalkan pakaian pada malam Sabtu lalu di satu anak tangga flat di Holland Village.

" Pasangan itu berjalan dengan selamba ke arah pasar dengan pakaian di tangan mereka.

"Terdapat lebih 200 orang di situ dan mereka merakamkan gambar.

"Setiap wanita sibuk merakamkan gambar mereka dan orang ramai bersorak, bersiul dan bertepuk tangan bagai nak gila," katanya.

Polis berkata, pasangan itu yang terdiri daripada lelaki keturunan Kaukasia dan wanita etnik Cina berumur dalam lingkungan 20-an kemudian ditangkap tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.

Di bawah undang-undang Singapura, jika disabitkan kesalahan, mereka akan dikenakan denda AS$1,300 (RM4,662), penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya.

Seorang blogger, Leonard Tan menulis dalam satu laman blog: "Mereka dilihat selesa berjalan di jalan raya yang menyebabkan ramai merenung pasangan itu.

"Singapura kini menjadi lebih menarik." - Reuters

P/S : wehh..lepas pegi singapore..singgah la kat sabah, kota kinabalu...kami menanti kedatang kamu berdua...bogel bogel kat kk...kah kah kah kah!!

MPV PROTON BARU

Terbaru...MPV proton yang bakal keluar nnti..di bawah ni saya selitkan gambar proton tersebut...

New Proton MPV snapshot.... The price lebih kurang dalam RM 80k... dan engine dia sekitar dalam 1800 cc...


P/S : Bley la bawak anak beranak klaw proton wira x muat..savy x muat...waja tak muat...klaw anak 5..beli la mpv ni..yg penting sokong industri permotoran negara..bukan2 siapa2 yg rugi..kita sendiri jugak yg beruntung..kah kah kah..industri negara maju..sale banyak..baru proton nak buat kereta gempak..klaw jual keta murah pun xda yg laku...mcm mana nak buat kereta gempak mcm tahap2 evo, subaru impreza, honda...taw komen jer..kah kah kah...

GOSIP GAMBAR BEEGO DGN PEREMPUAN DI TANDAS TERJAWAP


Wah isu hangat yang meyelubungi Beego satu ketika dahulu telah pun terjawab. Beego yang popular dalam siri drama komedi puteri baru-baru ini mengemparkan tanah air, mengenai isu hangatnya bergambar dengan seorang awek di dalam tandas. Isu ini kecoh di dalam satu laman web berbentuk forum sosial dan akhirnya gambar tersebut telah sendiri terjawab oleh Beego dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Petikan akhbar yang dimaksudkan :
KUALA LUMPUR: Gambar itu diambil sebagai koleksi simpanan satu eksperimen fotografi di sebuah studio milik seorang rakan dan ia adalah milik peribadi, kata pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28, berhubung gambarnya berpelukan dengan seorang gadis di dalam lokasi persis tandas mula tersebar meluas di Internet hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat.

Dia yang terkejut dengan penyebaran gambar itu berkata, ketika diambil, terdapat beberapa orang lagi yang menjaga pencahayaan di kiri dan kanan tempat itu.

Memang ia diambil dalam tandas di studio di Kuala Lumpur baru-baru ini tetapi sebagai koleksi saja dan saya tidak tahu bagaimana boleh tersebar, katanya.

Menurutnya, wanita bersama dengannya itu adalah seorang model dan mereka bekerjasama menghasilkan gambar berkenaan secara profesional.

P/S : wahh..simpanan gambar peribadi pun mo mcm ne ka? kah kah kah...mona semakin advance ( sepa ingat drama pendek iklan dadah dulu2? )...mona semakin advance...kah kah kah..

Tuesday, January 27, 2009

KENAPA PEREMPUAN SELALU CEMERLANG DLM PEPERIKSAAN

Time aku study dulu..byk jugak ppuan yg terer2..ye la..bley score smpai 3 pointer ke atas..aku study ada la sedikit gila bagi jugak nak capai 3 pointer..kah kah kah..tapi ada juga yang dah di tahap dewa..ppuan bley score sampai 4 plat..kah kah kah..nak taw rahsia?? ne la di bawah...mmg tere..klaw mcm ni..jangankan setakat 4 plat...10 plat pun bley..kah kah...












P/S : Kah kah kah...napa la aku takda bonjolan2 di dada...klaw x..bley dapat 10 plat...kah kah kah...

MENGAPA BANGSA YAHUDI BIJAK?

Hasil Kajian Yang Dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon- Mengapa Yahudi bijak?

Artikel ni aku jumpa dalam sebuah blog..mungkin selama ini kita tertanya-tanya..mengapa org yahudi ni pandai2..dan yg bodoh ni kita? mungkin dengan membaca artikel ni..kita boleh membuka mata dan menyedari kelemahan sistem pendidikan dan cara hidup kita...jum baca..untuk kita semua..

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada

kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda
lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kida dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pon general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

P/S : Aku jarang makan ikan..tapi suka makan hanya isi ikan..klaw ikan byk tulang..memang aku reject..mulai hari ni..aku akan makan ikan hari2..kah kah kah..ikan ikan ikan!!!

BINTANG HOLLYWOOD DENGAN ISU ISRAEL DAN PALESTINE

Yang ni aku baru dapat dari sebuah blog..betul ke tak info nie...aku pun tak pasti..tapi yg aku pasti..harrison ford tu mmg yahudi..kah kah kah..jum kongsi info nie..

Keganasan Israel di Palestin telah mendapat perhatian dunia. Bagi kita umat Islam, seharusnya kita membela umat kita, memberi bantuan, menghulurkan pertolongan dalam bentuk doa, derma, entiti fizikal dan sebagainya. Namun bagi mereka yang bukan Islam, pelbagai komen diterima. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Namun atas niat masing-masing. Tetapi sebagai umat Islam, walaupun berbeza fahaman dan mazhab, apabila saudara seagama kita ditindas, wajarlah kita bersatu dan melupakan fahaman mazhab dan fahaman yang sebenarnya merupakan lubang kelemahan kita yang boleh diambil kesempatan oleh bangsa kafir untuk menjatuhkan kita.

Tidak lupa juga di Hollywood, sebuah tempat lahirnya bintang-bintang yang popular yang disanjung di seluruh dunia termasuk kita secara sedar atau tidak. Namun, sedarkah kita ada juga bintang yang kita puja dan sanjung ini merupakan golongan yang turut menindas kita dan turut mendukung keganasan Israel di Gaza? Saya kongsikan sebentar lagi komen-komen bintang-bintang Hollywood yang terkenal dan anda nilaikan sendiri, yang mana menyokong keganasan dan yang mana tidak.

“Orang Arab adalah sumber keganasan di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.” TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)

“Keduanya, baik Palestina ataupun Israel, salah. Mereka harus menghentikan perang ini.” WILL SMITH - (Ali, Men In Black)

“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.” GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)

“Bangsa Arab dan orang Islam bukan pengganas. Dunia harus bersatu melawan Israel.” ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)

“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka harus ditumpas habis.” RICHARD GERE - (Pretty Woman)

“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?” SEAN CONNERY - (James Bond)

“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya bisa melawan mereka.” MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)

“Cuba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka Anda akan tahu, siapa yang sebenarnya pengganas” AL PACINO - (The Godfather)

“Kemanusiaan akan bisa ditegakan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.” DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)

“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.” RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)

“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.” KEANU REEVES - (Speed, Matrix)

“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…” HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)


P/S : Harrison ford ne, nasib baik la dia blakon dlm star wars..indiana jones..dll..mulai ari ni..aku dah reject movie dia yg terbaru..kecuali star wars dan indiana jones..kah kah kah..

UNIKNYA MALAYSIA

Malaysia ni mmg unik..selain dari masyarakatnya yang majmuk dan berbilang bangsa...keunikannya juga terdapat pada gaya hidup org malaysia..kah kah kah..apa yang unik? tgk je la di bawah ne..kah kah kah..














P/S : Kah kah kah..macam macam ada..

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP