Wednesday, January 28, 2009

PASANGAN BERBOGEL DI TANGKAP


Apa perasaan anda bila mana sedang anda duduk makan kat restoran, tiba-tiba anda didatangi sepasang couple yang tanpa seurat benang pun berjalan dengan selambanya di sebelah anda.... haahahhaahha... Agak-agak tak lama lagi akan wujud ker Nude beach kat sana??... Siap bertepuk sorak lagi diorang...

SINGAPURA - Satu pasangan berjalan dalam keadaan bogel selama 15 minit di Holland Village di sini yang terkenal sebagai lokasi kelab malam.

Seorang pengurus pub, Terence Chia memberitahu akhbar Straits Times, dia melihat pasangan itu menanggalkan pakaian pada malam Sabtu lalu di satu anak tangga flat di Holland Village.

" Pasangan itu berjalan dengan selamba ke arah pasar dengan pakaian di tangan mereka.

"Terdapat lebih 200 orang di situ dan mereka merakamkan gambar.

"Setiap wanita sibuk merakamkan gambar mereka dan orang ramai bersorak, bersiul dan bertepuk tangan bagai nak gila," katanya.

Polis berkata, pasangan itu yang terdiri daripada lelaki keturunan Kaukasia dan wanita etnik Cina berumur dalam lingkungan 20-an kemudian ditangkap tetapi dibebaskan dengan ikat jamin.

Di bawah undang-undang Singapura, jika disabitkan kesalahan, mereka akan dikenakan denda AS$1,300 (RM4,662), penjara selama tiga bulan atau kedua-duanya.

Seorang blogger, Leonard Tan menulis dalam satu laman blog: "Mereka dilihat selesa berjalan di jalan raya yang menyebabkan ramai merenung pasangan itu.

"Singapura kini menjadi lebih menarik." - Reuters

P/S : wehh..lepas pegi singapore..singgah la kat sabah, kota kinabalu...kami menanti kedatang kamu berdua...bogel bogel kat kk...kah kah kah kah!!

0 comments:

RAMALAN CUACA

RENUNGAN HARI INI

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP