Thursday, January 22, 2009

JIKA MALAYSIA DI SERANG

Maafkan saya kalau tajuk di atas menggemparkan. Namun perkara ini tidak mustahil. Walau sekecil mana pun kebarangkaliannya, kita tidak boleh lari daripada hakikat yang Malaysia juga boleh menerima nasib seperti negara-negara Islam malang seperti Palestin, Bosnia dan lain-lain.

Mari kita berfikir di luar kotak sejenak, andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain... Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir, kita sering mendengar pemimpin-pemimpin kita menggunakan modal seperti ini, "Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai..." Tetapi pernahkah kita berfikir sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.


Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh para militari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuba kita berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kita?

Untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa,(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir) Amerika menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.

Menghantar kapal selam nuklearnya dengan muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia... Amerika menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya Singapura di selatan, Thailand di Utara dan Filipina di Timur menyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera, Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini, Perdana Menteri kita, YB Wakil Rakyat, Parlimen dan ADUN, tauke-tauke Cina yang kaya, semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar Amerika dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah Ali Abi Thalib, Khalifah Khalid Al-Walid, Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi yang sanggup berada di barisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula...

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. Amerika dan sekutunya mengebom, melancar peluru berpandu, membedil, menembak rakyat Malaysia, mereka membunuh orang tua, perempuan dan anak-anak kecil orang melayu Islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

Amerika dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, datang lagi pesawat musuh silih berganti...

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang, datang lagi pesawat musuh silih berganti. Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana Singapura, diserang dengan jet-jet pejuang Singapura yang sentiasa melalui ruang udaranya, menghujani bom-bom dan roket. Kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah, pasukan darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara, tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda, menentang pintu rumah anda, anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah.

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia. Muncung senapang ditujukan di kepala anda, anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006 diajukan muncung senapang.

PANG!!!!... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu. Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak, anda tidak mempunyai perasaan apa-apa, sekarang berlaku kepada diri sendiri, baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata.

Anda menangis ketakutan...

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati tetapi umur anda masih panjang... Anda masih hidup. Anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri.

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini. Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata. Anak kecil ditembak didepan mata. Isteri dirampas untuk diperkosa didepan mata!!! Kawan-kawan, rakan taulan ramai yang terkorban dan tidak kurang juga yang cedera parah.

Di puncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri. Mereka tidak bernasib baik seperti anda.

Diatas bukit itu juga anda melihat beribu-ribu tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat, menggeledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah. Tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa, sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan tentera bersekutu nanti.

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAIN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI...

Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan.. . Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Marilah kita fikir dan muhasabah diri sendiri....

1 comments:

Unknown July 28, 2009 at 3:08 AM  

tiada yg mustahil.... memang boleh berlaku.. aku kalau ada bajet aku nak bwat filem sebijik ikut jalan cerita ni..

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP