BAGAIMANA SKIM CEPAT KAYA BERFUNGSI
ok..kali ni biar aku bagik penjelasan bagaimana skim cepat kaya ni berfungsi..banyak member2 aku yg ikut skim cepat kaya nie mintak penjelasan..hampir berbuih mulut aku nak menerangkan..bagaimana skim cepat kaya ( skim ponzi ) ni berfungsi..di sabah ne byk yg putih mata bila skim mirza gemilang ne kena sita..dan selain tu byk lagik skim yg masih berjalan..ty lah, smart profit la, mutiara hijau la..mcm2 la..aku pun x nak taw sgt..ok..demi kebaikan bersama..biar saya terangkan bagaimana sistem ponzi ni berjalan..ok..
kenapa skim2 Ponzi/Piramid ini bukanlah skim pelaburan yang sebenar. Kita akan akan bandingkan Skim Ponzi/Piramid dengan pelaburan Konvensional (Saham/Hartanah/Emas) dan Bank Konvensional . Please keep in your mind that aku bukan Pakar Kewangan/Manager Bank/Pakar Saham. All this discussion berdasarkan pengetahuan yang saya ada daripada pembacaan, pertanyaan dan yang sewaktu dengannya. Don`t ask me evident and papers related. Sudah lama aku baca segala maklumat ini so saya sedikit “malas” nak cari balik. Basically, Skim Ponzi/Piramid ini berfungsi dengan cara: Ahli baru yang masuk akan membayar kepada upline2nya untuk turut serta membuat keuntungan. Di sini, 100% duit tersebut akan di gunakan untuk membayar kepada upline2 nya. Ini adalah definisi dan asas kepada sistem ponzi.
Namun, sistem tersebut amat mudah di kesan dan di kenalpasti Illegal untuk di lakukan/di jalankan. Maka sitem2 ini telah mengalami mutasi di mana ia tidak menunjukkan dengan jelas bahawa duit tersebut di gunakan untuk membayar upline. biasanya duit2 tersebut akan di “hold” dalam satu “pool” yang besar dan a group of mastermind akan mengawal siapa yang dapat dan siapa yang tidak mendapat pulangan.
Terdapat 1 faktor utama yang membolehkan skim ponzi ter-mutasi sebegitu;
Sifat tamak manusia yang tak berkesudahan ; Kita senang terpengaruh dengan “Duit Senang”. Anda masuk->Anda bayar->Anda Goyang Kaki->Anda dapat Duit . Dengan mengeksploitasi sifat ini, kadar kemasukan ahli baru yang ramai dapat menampung pembayaran keuntungan ke upline dan ahli2 lama kerana ramai ahli baru yang masuk kerana terpengaruh dengan janji mendpt untung mudah sangat ramai. dalam erti kata lain: “TAMAK” drive the system. Kerana itulah wujudnya “timeframe” sebelum anda mendapat keuntungan. selalu kita di beritahu bahawa keuntungan yang “fix” (tetap) akan didapati dalam masa2 yang “fix”. Timeframe ini diperlukan untuk menjana kadar kemasukan ahli yang stabil kerana kadar kemasukan ahli baru adalah berkadar terus dengan masa+advetisement campaign. Dengan itu, duit2 daripada kemasukan ahli baru dapat menampung keuntungan pelaburan ahli2 lama. Kadar keuntungan yang biasa di offer adalah dalam peratus % yang tinggi. Kadar ini adalah sangat tinggi untuk masa dan syarat yang di berikan. Untuk menampung kadar pulangan yang besar dalam masa yang singkat, hanya satu cara sahaja dapat melakukannya dalam kadar yang tetap iaitu dengan menggunakan duit ahli baru untk membayar ahli lama. ini kerana kadar kemasukan ahli baru boleh di ramal dan di kawal berbanding sistem pulangan konvensional yang lain (business/saham/dll) .
Sekarang kita dapat lihat bahawa kebanyakan skim2 Piramid/Ponzi alaf baru semuanya memerlukan masa2 yang di tetapkan "timeframe" untuk anda mendapat kembali keuntungan pelaburan anda. Mirza gemilang perlukan masa (6 bulan) dan skim yang lain juga perlukan Masa . Berbeza dengan pelaburan konvensional. Masa yang pelaburan konvensional perlukan adalah untuk menjalankan perniagaan dan seterusnya mendapat keuntungan pelaburan dari situ. Manakala masa yang Skim Piramid/Ponzi perlukan adalah untuk mengumpul ahli2 baru secukupnya untuk memberi pulangan kepada ahli2 lama (upline) . Ia adalah 2 benda yang berbeza walaupon memberi kesan yang sama iaitu memberi Pulangan kpd Pelaburan.
Apa pun, yang penting keputusan di tangan anda. Jika anda mo join, joinla. Jika anda x mo join, x pyh join.Apa pun, aku amat menentang Program2 Skim Ponzi/Piramid/Pak Man Telo tak kiralah ia menyamar dalam bentuk apa.kah kah kah.Jangan tanya aku lagik lepas neh.berbuih sudah mulut aku mo bagik penerangan....adiossss...selamat mencuba !!!!
JIKA ANDA MAHUKAN PENJELASAN DARI BANK NEGARA DAN INGIN MEMBUAT ADUAN SILA PERGI KE LINK DI BAWAH
0 comments:
Post a Comment