Wednesday, January 7, 2009

HATI HATI MENERIMA SMS

info yang ni plakk saya rasa berguna utk kita tahu..saya amik info ni dari blog kawan..kita baca dulu k..kah kah kah..jum tgk..

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati:
Pada 4-1-2009 (Ahad) jam 3.20 petang, saya terima satu sms dari 017-8233657, kandungan sms adalah seperti berikut:-

"TAHNIAH! Simcard anda memenangi undian BERTUAH RM15,000 dr POWER ROOT SDN BHD. Sila hubungi di talian: 012-8618479. Terima kasih."

Memang saya tau ini merupakan satu penipuan, sesiapa yang bersifat tamak dan bodoh akan diperdayakan.

Demi kepastian, saya pun telefon nombor yg tertera iaitu: 012-8618479, seorang perempuan yg bernama Siti Aishah jawap panggilan saya, cara jawap telefon berbudi bahasa bukan main, lemah lembut, kuih agar agar pun kalah.

"selamat petang Encik, saya Siti Aishah dari Power Root Sdn Bhd, Ampang, KL, boleh saya bantu?"

Jawapnya saya: "setahu saya kilang Power Root di Johor, mana ada kilang Power Root di Ampang, KL?"

Siti Aishah jawap: " Oh ya, kami baru buka satu cawangan baru di Ampang, KL."

Menurut Siti Aishah, saya adalah orang yang paling bertuah kerana telah diundi untuk memenangi RM15,000.

Dalam fikiran saya, "Nothing is free in this world".

Sejurus itu, Siti Aishah pun tanya nama bank, nombor akaun dan juga baki semasa akaun saya, saya tembak saja, saya bagi tau bahawa akaun saya di CIMB (sebenarnya akaun saya maybank), nombor akaun tipu juga, dan baki akaun pun tembak saja.

Seterusnya saya pun tanya Siti Aisyah apa tindakan seterusnya yang perlu saya ambil, dia suruh saya pergi ke mesin ATM untuk semak samada RM15,000 itu telah dikreditkan, pesanannya kalau setiba di mesin ATM call dia serta merta, hamboi, tak sabar sabar Siti Aishah ni.

Saya tidak pergi ke mesin ATM, tapi saya berlakon macam saya ada di depan mesin ATM, saya pun call Siti Aishah dan mengatakan bahawa saya telah sampai di mesin ATM, macam-macam arahan diminta patuhi seperti berikut:-

1. masukkan kad ATM saya ke mesin
2. tekan PIN number
3. tekan "pemindahan"
4. tekan "ke akaun pihak ke-3"
5. masukkan nombor akaun 10070075153526
6. masukkan kod 264901
7. tekan ya
8. ambil resit
Dia tak sabar-sabar minta saya bacakan baki yang dinyatakan dalam resit tersbut, saya kata nanti saya call balik, sebab saya tak nampak, cermin mata saya ada kat kereta, sebenarnya saya bukan berada di depan mesin ATM, macam mana saya nak dapatkan resit tersebut.

Selepas itu, h/p saya bunyi tak henti-henti, rupanya Siti Aishah pemegang nombor 012-8618479 yang call saya, saya tak jawap langsung panggilan dia.

Setakat sini saja kisah benar saya yang dapat berkongsi dengan saudara saudari sekali, pesanan saya, kalau anda bakal terima sms sebigini, abaikan saja, ini merupakan satu penipuan dari sindiket tertentu.

P/S : baru2 ne aku dapat juga sms yang serupa...tapi dari shell..aku dapat rm 15 000...kah kah kah..tapi mmg sdah x pecaya pun..buat bodoh jak kol balik mcm member aku ne..dia kol balik, silap2 dapat 15 000...kah kah kah...nasib dia pandai skit..kah kah kah....kepada member2 di luar sana..berhati2 lar skit..ni sms scam..mmg nak menipu ne..jangan percaya k..adioss!! kah kah kah

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP