KAJIAN SEKS VS KECERDIKAN
Bahagian ini membincangkan penemuan kajian berkaitan tahap pendidikan dengan aktiviti seksual seseorang. Sebuah majalah di Amerika (American Demographic) melaporkan kajian yang menghubungkaitkan kecerdikan dengan tahap aktiviti seksual yang dijalankan ke atas 10 ribu orang dewasa. Penemuan penting yang dilaporkan di dalam majalah ini ialah secara puratanya semakin cerdik atau semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin kurang aktiviti seksual yang dilakukan atau ingin dilakukan.
.
Kajian di negara barat ini melaporkan bahawa mereka yang berpendidikan dengan kelulusan pasca-siswazah (postgraduate) melakukan seks 52 kali setahun berbanding mereka yang berijazah biasa (undergraduate) sebanyak 61 kali setahun. Juga dilaporkan bahawa lelaki yang bekerja pejabat (9 pagi hingga 5 petang) melakukan aktiviti seks sebanyak 48 kali setahun berbanding lelaki yang bekerja untuk tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih 60 jam seminggu melakukan seks 82 kali setahun.
.
Antara sebab utama bagi perbezaan ketara ini ialah perbezaan tahap hormon testosterone di dalam jenis pekerjaan di atas. Semakin tinggi tahap testosterone, semakin bertambah keinginan seseorang. Juga, hormon testosterone menunjukkan keganasan dan agresif seseorang lelaki. Semakin berat kerja seseorang, semakin banyak hormon ini dirembes dan kesannya semakin hebat keinginannya.
.
Terdapat penulisan yang menyatakan tahap hormon testosterone pada lelaki adalah tinggi ketika waktu pagi (ketika fajar menyinsing) dan rendah sebanyak 30% pada waktu petang.
.
Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Harvard University perlu diberi perhatian oleh semua kerana ianya penting di dalam perhubungan sosial masyarakat. Kajian ini mengukur tahap hormon testosterone pada lelaki bujang dan berkeluarga. Di dapati tahap hormon seks ini adalah tinggi pada lelaki bujang berbanding lelaki berkahwin. Sekiranya berlaku perceraian, tahap hormon seks lelaki ini akan meningkat naik semula. Situasi yang sama juga berlaku pada lelaki yang gemar berpeleseran (tom-catting)(hormon testosterone tinggi) berbanding lelaki yang gemar duduk di rumah bersama keluarganya.
..
Para penyelidik mendakwa tahap hormon testosterone menggambarkan tahap keinginan atau selera terhadap seks. Dari hasil penyelidikan ini, sedikit pelajaran dan pengajaran dapat kita timba di dalam aktiviti sosial kita di dalam masyarakat. Kaum Hawa harus berhati-hati dengan kaum Adam seperti yang digambarkan di dalam penyelidikan di atas. Juga, lelaki-lelaki pendatang yang bersendirian di negara orang (atau berjauhan dari isteri) dan bekerja keras seperti buruh kasar akan memiliki tahap hormon di atas pada kadar yang tinggi (mungkin!? andaian saya berdasarkan fakta-fakta penyelidikan...)P/S : 52 kali? 61 kali? 48 kali? kalau spm pun x abis?? kalaw org tue tahap pendidikan upsr ja?? ehh..klaw org dulu2 yg x sekolah?? fuhh...365 kali setahun?? atau 365 x 2 = 730 kali setahun?? kah kah kah
0 comments:
Post a Comment