Thursday, November 13, 2008

ZODIAK LELAKI

Info kali ni adalah untuk lelaki, ntah la betul ke tak.tapi saya upload je la untuk info kita bersama.. :)

Lelaki Aquarius: Ia berdarah panas, suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak memahami atau tak mampu mengikut rentaknya, anda tak akan selesa bersama dia dalam waktu lama. Gaya percakapannya straight to the point dan tak pandai berbohong. Ia tak suka orang yang mudah putus asa, yang tak ada semangat, dan yang berfikiran cetek. Jangan memancing kecemburuannya kerana ia tak akan membuat kecoh, melainkan pergi meninggalkan anda.

Lelaki Pisces: Ia berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional. Ia bukan orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia, dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan kestabilan. Ia suka perempuan yang ceria dan cerdas. Jangan menasihati dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai apabila anda mencontohkannya terlebih dulu daripada membebel tak tentu hala..

Lelaki Aries: Ia kelihatan lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja. Halangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja. Keras kepala menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya. Ia gemar menunjukkan apa yang disukainya dan lebih menyukai perempuan yang ada cirri-ciri ibu rumah tangga.

Lelaki Taurus: Taurus pada kebiasaannya tak suka pada undang-undang. Ia sangat suka akan kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat syarat-syarat untuknya kerana dia akan segera pergi meninggalkan anda. Ia mampu melakukan perkara-perkara yang pelik pada orang lain. Ia suka mencari dan menganalisis orang dan bermacam-macam perkara lain. Jika anda sedang bersama dengan lelaki taurus, jangan ceritakan terlalu banyak tentang kehidupan peribadi anda, tetapi buatlah dia tertanya-tanya. Cara itu akan membuatkan dia bersemangat untuk mendapatkan hati anda.

Lelaki Gemini: Ia mempunyai kemampuan khusus, handal berkata-kata. Jika diberi kesempatan, ia mampu bercakap tanpa henti. Ia orang yang tak boleh diam, hiperaktif, dan amat pentingkan kekemasan. Ciri utama lelaki gemini adalah sangat memilih dan mudah bosan. Ia dapat mengubah fikirannya sepantas kilat. Ia tak menyukai pekerjaan yang sama setiap masa dan sangat sukar menepati masa. Jika ia datang terlambat bukan kerana ia lupa, tapi kerana ia selalu tertarik kepada perara lain yang menarik perhatiannya.

Lelaki Cancer: Inilah lelaki paling sensitif dari semua zodiak. Mood-nya selalu berubah-ubah. Ynag peliknya, perubahan itulah yang membuat dirinya mempersona. Ia bukan jenis lelaki yang berani. Ia akan menunggu masa yang tepat untuk mendapatkan keinginannya. Ia paling tak tahan ditolak dan sangat anti dipermalukan. Ia melindungi dirinya sedemikian rupa sehingga kelihatan tidak romantik. Bakat cancer di antaranya adalah kreatif dan imajinatif. Ia menyukai perempuan yang berdikari, ceria, aktif, ada kepercayaan diri, dan sopan.

Lelaki Leo: Penampilan luarnya menunjukkan ia orang yang lemah lembut, tapi sebenarnya dia kuat dan percaya diri. Kata-katanya selalu tampak normal, tapi kerap berisi perintah dan permintaan. Harga dirinya sangat tinggi. Ia dapat membantu memecahkan permasalahan orang lain, kecuali masalahnya sendiri. Ia bisa terluka kalau Anda tidak memercayai atau tidak menghargai kemampuannya. Ia suka pada orang yang bergantung padanya, karena itu membuatnya merasa berkuasa.

Lelaki Virgo: Ia sangat menghargai masa. Membuatnya menunggu akan dianggapnya sebagai sebuah penghinaan. Ia tak suka dikritik. Ia seorang perfeksionis yang romantik, sanggup mendaki gunung everest hanya untuk mengatakan ia merindukan anda. Perempuan yang menarik hatinya adalah yang rapi dan berpenampilan up to date. Ia seorang yang amat teliti, pendiriannya juga teguh, ya adalah ya, tidak adalah tidak, apa pun orang cakap tidak dipedulikannya. Orang virgo juga terkenal dengan kesetiaannya.

Lelaki Libra: Sebagian besar lelaki libra berwajah tampan dan mempersonakan. Bahkan jika rupanya biasa-biasa pun, tetap terlihat menawan. Ynag negatifnya, ia keras kepala dan selalu memulakan pertengkaran. Ketika mood-nya baik, ia lelaki yang menyenangkan. Jika tengah tak ada mood, ia paling suka mencari masalah untuk bertengkar. Secara semulajadi, orang libra suka berada dalam dunianya sendiri. Tak
suka melakukan hal yang pelik-pelik. Ia tak suka pada perempuan yang solek berlebihan atau yang mengalahkan artis.

Lelaki Scorpio: Ia sangat sensitif dan mudah terluka. Ia tak pernah mempercayai siapa pun kecuali dirinya. Kesabarannya mengagumkan. Ia dapat menunggu beberapa tahun untuk mencapai tujuannya. Ia sangat serius terhadap cinta dan tak akan membuang masa bersama orang yang tak dicintai. Warga Scorpio terkenal dengan sifat pendendam. Jangan pernah menjanjikan hal-hal yang tak akan dapat dipenuhi kerana ia akan terus menuntutnya. Ia ingin dihargai dan dikagumi, tapi tidak ingin anda menguasai dirinya.

Lelaki Sagitarius: Warga sagitarius suka kehidupan sosial, gelak tawa, dan tak mahu ketinggalan trend terkiri. Ia benci rutin seharian kerana membuatnya bosan. Ia bukan pengurus kewangan yang baik. Tapi ia bukan orang yang boros. Ia suka pujian dan kata-kata manis. Ia suka melancong dan melihat tempat-tempat menarik. Sagitarius tak suka akan tanggungjawab, oleh kerana itu ajakan untuk berkahwin akan membuatnya seperti tercekik.Ia mudah sekali jatuh cinta, terutama pada perempuan manis, kelakar, dan yang ada pendirian yang kuat.

Lelaki Capricorn: Ia pendengar yang baik dan dapat memahami semua perkara dengan jelas dan mudah. Mempunyai firasat yang tajam, boleh meneka apa yang anda ingin katakan, bahkan sebelum anda mengatakannya. Wanita selalu datang kepadanya tanpa diundang. Ia suka suasana tenang dan damai. Ia akan memberikan anda kebebasan dan hanya melihat dari jauh. Ia kekasih sempurna dari semua zodiak, lelaki romantik yang akan mengajak anda bercengkerama di bawah sinar bulan purnama. Ia tewas pada perempuan yang kemas dan berpakaian cantik.

P/S : Aku lelaki Libra..heh heh heh

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP