KISAH ARIEL SHARON - EX PERDANA MENTERI ISRAEL
Masih ingatkah anda mantan perdana menteri Israel, Ariel Sharon laknatullah? Mesti anda tertanya-tanya mengenai statusnya sekarang. Baiklah, sekarang saya nak kongsikan maklumat terkini beliau. Wallahuallam. Betul atau tidak, saya cuma menyampaikan. Namun, saya rasa balasan yang beliau dapat sekarang masih belum cukup, dengan nilai banyak nyawa orang Islam yang menjadi korban kezalimannya.
Semoga Allah SWT menimpakan azabNya kepada seluruh Zionist Yahudi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap penderitaan umat Islam Palestin dan Lebanon.
Gambar dibawah merupakan gambar sharon semasa koma di hospital. Betul atau tidak, wallahuallam....
Berdasarkan maklumat pakar kesihatan di Hospital Hadasa yang terlibat dalam pembedahan Ariel Sharon pada masa tersebut, Ariel Sharon mempunyai luka yang sangat busuk di bahagian usus dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Pembedahan telah dilakukan untuk menyambung usus-ususnya yang telah membusuk dan ada yang telah merebak ke bahagian badan yang lain.
Pada awalnya, Sharon dimasukkan ke hospital kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa. Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah.
Sehingga kini, Sharon masih koma dan berada di dalam ICU.
Beginilah balasan dunia dari Allah SWT kepada orang yang telibat memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Dia jugalah yang menyembelih para tawanan Mesir.
Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui apa yang belaku di sekelilingnya. Sebagai balasan dan iktibar, Allah SWT memperlihatkan kepada kita keadaan Sharon laknatullah yang suka menumpahkan darah ini dengan azabnya iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Bangkai bernyawa....
Wallahuallam...
1 comments:
padan muka dia..tu la balasan dr Allah utk org yg zalim n bongkak mcm tu..huh
Post a Comment