Monday, November 24, 2008

METEOR JATUH KE BUMI


EDMONTON – Satu cahaya meteor menyebabkan satu siri panggilan kecemasan dilaporkan kepada polis di bandar Edmonton, Alberta, Kanada pada Khamis lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

S eorang petani, Marcel Gobeil berkata, pada mulanya meteor itu kelihatan seperti percikan bunga api dan mempunyai pelbagai warna di angkasa.

“Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini, ia berwarna hijau, dan biru seterusnya bertukar menjadi merah. Ia sungguh besar,” katanya.

Pihak perkhidmatan kecemasan di wilayah Alberta menerima banyak panggilan bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan pada Khamis lalu dengan terdapat laporan terdengar satu dentuman.

Polis juga tidak meragui laporan itu kerana satu rakaman video dari sebuah kereta polis berjaya merakamkan insiden tersebut di Edmonton.

Imej video itu menunjukkan satu cahaya kecil menjelma di angkasa sebelum menjunam ke arah Bumi dan hilang dalam satu letupan cahaya selama lima saat.

Beberapa pakar astronomi akan mengkaji pita rakaman dan laporan saksi bagi menentukan lokasi meteor itu jatuh walaupun seorang saintis di Edmonton, Alister Ling menyatakan ia mungkin berlaku di tengah Alberta.

Seorang profesor di Universiti of Alberta, Chris Herd berkata, meteor itu mungkin seberat beberapa tan dan panjang satu meter. – Agensi

untuk melihat rakaman video:





P/S : uhhh...ayah pin turun dari langit kali ni..

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP