TUALA LEMBAP JADI BUKTI NORMAN DAN MEMEY
Kuala Lumpur : Tilam toto, selimut dan tuala lembab dipercayai baru digunakan antara bahan yang ditemui sepasukan Pegawai Penguatkuasa Jabata Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu membuat serbuan di pejabat pelakon Norman Hakim, 30 Oktober lalu.
“Tiga bahan dikatakan ditemui dibelakang sebuah kerusi belakang di samping pasangannya di aras satu pejabat pelakon itu.
“Semua peralatan yang ditemui itu akan dijadikan bahan bukti jika kes khalwat Norman Hakim dan pasangannya Suhaiza Suhaimi atau Memey dibicarakan di mahkamah.
“Serbuan ke pajabat Norman, MDH di alamat : 4-1A, jalan UP/12, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada jam 2.30 pagi itu disertai lima Pegawai Penguatkuasa JAIS Daerah Gombak serta tiga anggota polis.
“Bagaimanapun jika pasangan itu berjaya menunjukkan sijil nikah maka tuduhan khalwat ke atas mereka ditukarkan kepada tuduhan bernikah tanpa izin di luar Negara dan tetap dikenakan denda.
“Norman dan Memey sebelum ini heboh dikatakan telah bernikah di luar Negara. Bagaimanapun Norman menafikannya, malah mencabar kalangan yang menyebarkan berita itu supaya membuktikanya.
“Sementara itu, seorang Pegawai Penguatkuasa Jais Daerah Gombak yang menyertai serbuan ke pejabat Norman malam itu berkata, serbuan ke pejabat pelakon itu dilakukan atas maklumat seorang rakan baik bapa Norman sendiri.
“Rakan pelakon itu telah menghubungi kami pada kira-kira jam 2 pagi memaklumkan bahawa Norman telah memasuki pejabatnya dan disyaki pasangan itu ada bersamanya.
“Setelah melihat kereta Proton Tiara dipercayai milik Norman dan Proton Persona milik Memey kami mengesyaki pasangan itu berada di dalam pejabat.
“Keyakinan kami semakin bertambah apabila lampu di sebalik tirai aras satu pejabat itu tiba-tiba dipadamkan pada kira-kira jam 3 pagi katanya.
“Penguatkuasa itu berkata, mereka terus memasuki bangunan tersebut. Namun selepas setengah jam mengetuk jeraji pintu dan memberi salam meminta pelakon itu membuka pintu, pasangan itu masih berdiam diri.
“Akhirnya pasukan penguatkuasa JAIS yang ditemani tiga anggota polis memgambil keputusan memecah kunci jeraji pejabat itu tetapi tidak sempat melakukan kerana secara tiba-tiba abang Norman, Mohamed Sophee Zaidon muncul membuka pintu berkenaan.
0 comments:
Post a Comment