Friday, November 7, 2008

KITA DITIPU ?


Ingat lagi tak dulu? Pernah kita dikejutkan dengan gambar syaitan yang kononnya ditangkap secara tidak sengaja di Gua Hirak...Masa tu ramai yang percaya kesahihan gambar tu. Termasuk saya. Info ini saya jumpa laman web di bawah:

http://www.rense.com/general25/chups.htm

Kalau nak disimpulkan dari laman web tu, rupanya selama ni kita kena tipu... dan dipermainkan oleh musuh Islam

Saya dah tahu gambar ni dulu tapi agak meragukan, bukan tak percaya akan kewujudan syaitan tetapi ragu akan gambar tersebut. Tempat Nabi-Nabi adalah tempat suci dan terpelihara dari anasir-anasir jahat, apatah lagi tidak logik syaitan boleh berposing relax kat gua tu. Memang tak masuk akal.

Gambar ini bertujuan menghina Rasulullah SAW. Dengan niat menuduh Rasulullah bertapa dengan syaitan (nauzubillah) dan yang menyampaikan ayat Al-Quran itu adalah dari tipu daya syaitan. Kekadang gambar di internet dianggap sebagai lucu. Namun ia amat berbahaya kerana boleh memesongkan akidah menerusi humor tanpa kita sedar akan motifnya.

Bila kita bercakap dengan anak-anak kita bahawa junjungan besar berada di Gua Hirak, lantas mereka terbayang gambar syaitan tu. Ini memberi andaian buruk dan jahat sangka dalam pemikiran kanak-kanak. Oleh itu berhati-hatilah dengan perhatian jiwa halus dan suci ini sebelum percaya sesuatu atau menyebarkan perkara aneh seperti ini.

The moral of the story..... ramai dikalangan kita ni bila terima email sahaja dah mula mempercayai apa yg kita lihat dan baca ..... kononnya itulah kebenarannya tanpa kita usul periksa dan buat kaji selidik dulu....

Kita perlu sedar kini bahawa terlalu banyak provokasi yg dilakukan terhadap memesongkan aqidah umat Islam dan seharusnya kita berhati-hati bila menerima sebarang email meragukan.

Sekadar baca dan dengar boleh, tapi jangan percaya bulat-bulat. Wallahuallam.

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP