Thursday, February 26, 2009

PENGURUSAN MAYAT DI TIBET

Ni lagik sebuah kisah tragik..kah kah kah..kisah bagaimana buah perkampungan di tibet ne menguruskan mayat dorang..oleh kerana mereka ne tinggi di area pergunungan..maka tiada ruang untuk mengali kubur untuk mayat tersebut kerana bahagian darat/bawah mereka terdiri dari batuan keras ( gunung kan..mmg la berbatu )..so, mereka buat je la mayat mcm dlm pic di bawah ne..bagik burung makan..aiseyy...untuk la burung2 di sana..kah kah kah kah..

Corpse Management in Tibet@stranges-world.blogspot.com


Corpse Management in Tibet@stranges-world.blogspot.com

Corpse Management in Tibet@stranges-world.blogspot.com

Corpse Management in Tibet@stranges-world.blogspot.com













P/S : Napa x bakar ja??? susah susah lagik bahh...

MATI KETIKA MENCURI KABEL TNB

Ni pla kes mati semasa mencuri sampai kulit terbakar. Ianya adalah akibat percubaan lelaki dari Melaka, 34 tahun yang cuba memotong kabel berkuasa tinggi TNB dengan niat mencuri.



P/S : Naaaaa...padan muka..len kali rompak bank ka..ragut emas makcik ka..jual dadah ka..ne curi kabl TNB..apa kelas..kan matu free..doohhh!!

JALAN ADA BUAYA

Baik jangan hampiri jalan ini jika menunggang motor atau basikal.... Bukan cerita seram malam jumaat "Kliwon" tapi jalan ni tempat buaya punya "port lepak".

ANDA PERLU TAHU - KAPITALIS, SOSIALIS, FREE MARKET

Baru2 ne..aku penah crita ngan sorang kawan..yala..crita pasal dunia skrg ne..makin x adil..dan aku seperti biasa..mulut aku pot pet pot pet " hanya org kaya yg makin jadi kaya ".."aku mo jadi kaya..lepas tuh jadi kaya lagik"...dan kawan aku tu pun cakap..ko neh "kapitalis"..dan dari sana..aku berfikir sejenak.."kapitalis??"..apa kapitalis ne? kawan aku tu paham ka apa erti kapitalis ne? dan aku sendiri x brapa paham jugak erti sebenar kapitalis ne? bagaimana kapitalism yg slalu kita cemuh2 ne berfungsi?? bagaimana ekonomi ne terbentuk..menjak dari masa tu..banyak persoalan muncul dlm kepala otak aku..maklum lah..aku jenis yg sentiasa x puas hati selagi x jumpa jawapan yg aku buat aku betul2 paham..kapitalis? sosialis? lantas aku x membuang masa menjak hari tu..aku byk buat bacaan kat internet..da akhirnya terjumpa sebuah blog melayu yg bley buat aku paham sikit2...akhir skali..jum kongsi apa yg aku baca tu..jum check!!

Sekiranya Islam dikatakan terrorism, jumud, diskriminasi dan gelaran buruk lainnya, maka kita boleh namakan perlabelan itu sebagai satu salah faham, tidak tepat, fitnah atau pun misnomer. Maka kita perlu merujuk kepada Quran dan Hadis untuk melihat adakah Nabi Muhammad saw dalam risalah dakwahnya menyuruh umatnya menjadi pengganas ?

Malangnya pada masa yang sama, kebanyakan umat Islam pun bersikap 2 x 5, apabila berlaku krisis sub prima ramai yang menuding jari kepada sistem “kapitalis”. Tanpa melihat dan merujuk kepada idea asal “kapitalis” itu sendiri.

Tetapi apabila diminta menerangkan apa itu ekonomi Islam, sedikit sangat pula yang ingin dan sudi menerangkan dengan jelas.

Ekonomi Islam hanya isu pembahagian kekayaan ?

Ramai yang hanya menyentuh isu pembahagian kekayaan (wealth distribution) dan tidak pula menyentuh isu pengumpulkan kekayaan (wealth accumulation) atau penciptaan kekayaan (wealth creation).

Maksudnya, kalau PETRONAS untung RM 60 bilion. Maka ramai yang kata, semua untung itu kena beri kepada rakyat. Semua pakat petik Quran dan Hadis pasal keadilan sosial. Kek ekonomi PETRONAS kena potong sama rata Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seterusnya.

Tetapi bagaimana seharusnya PETRONAS berniaga ikut Islam sehingga boleh untung RM 60 bilion, tidak ramai yang ulas. Tidak ramai yang nak petik ayat Quran dan Hadis mengenai prinsip bisnes dalam Islam.

Bagaimana Islam suruh berniaga hingga PETRONAS boleh jadi world-class corporation yang boleh untung RM 60 bilion, tidak ramai yang ulas. Tidak ramai yang nak petik ayat Quran dan Hadis pasal pengurusan bisnes dalam Islam.

Apa yang ramai tahu, kalau dah untung RM 60 bilion, maka kena kongsi dengan semua orang. Kalau tidak kongsi maka itu namanya “kapitalis”. Haram jadi kapitalis. Tamak. Haloba. Pentingkan diri sendiri. Monopoli. Kedekut. Eksploitasi pekerja. Tidak berkebajikan dan sebagainya.

Siapa pencipta istilah kapitalis ?

Adam Smith selalu disebut sebagai pengasas Bapa Kapitalis.

Ironinya, Adam Smith dalam buku-buku dan penulisannya, dalam menerangkan idea free market, dia tidak pernah menggunakan perkataan “kapitalis” dalam menerangkan ideanya.

Capitalist, atau capitalism ini adalah gelaran yang diberikan oleh Karl Marx itu sendiri. Karl Marx adalah seorang yang mengemukakan idea pengurusan ekonomi yang berlawanan dengan idea “kapitalis”.

Perang Dingin sebenarnya adalah pertembungan idea kapitalis (Amerika) vs idea sosialis (Soviet Union)

Idea Asas Kapitalis

Idea kapitalis adalah, anda sebagai penternak lembu (pemilik harta) mempunyai sepenuhnya hak dan kebebasan terhadap lembu-lembu (harta) anda.

Anda ingin jual lembu anda ?

Anda ingin bela sampai mati ?

Anda ingin derma kesemua lembu anda ?

Anda nak jual lembu anda dengan harga RM 1 ?

Anda nak jual lembu anda dengan harga RM 10,000 ?

Terpulanglah.

Kerajaan tidak ada hak untuk menyuruh anda menjual lembu tersebut dengan harga siling atau harga lantai. Kerajaan tidak boleh halang anda jual lembu tersebut. Apatah lagi apabila kerajaan menuntut semua lembu-lembu anda yang anda telah bela dari dulu dengan usaha keras anda untuk dikongsi bersama dengan orang lain.

Free Market

Free market adalah istilah lebih tepat berbanding capitalism.

Capitalist sering merujuk kepada pemodal, peniaga. Sedangkan ideanya bukan idea yang memenangkan peniaga 24 jam dan menindas pengguna dalam mencari keuntungan. Ia adalah dimana kedua-dua pihak, peniaga dan pengguna boleh mendapat yang terbaik untuk perniagaan dan keperluan kepenggunaan masing-masing.

Kenapa isu ini ingin dibincangkan

1. Saya berpendapat idea free market sebenarnya lebih hampir dengan idea Islam dari idea sosialis. Sekiranya elemen riba’ dibuang dalam sistem ekonomi “kapitalis” dan institusi zakat diperkemaskan, maka itulah sebenanya idea ekonomi Islam.

2. Sabda Rasulullah saw, “Hikmat ialah barang cicir orang mukmin. Di mana sahaja dia menemuinya, dia lebih berhak mengambilnya.” (Riwayat al-Tirmidhi). Kita tak boleh bersikap sebab idea itu kelihatan datang dari orang kafir maka ia bukan idea yang mesti ditolak mentah-mentah. Entah-entah idea free market ini ada diceduk bulat-bulat dari buku seperti al-Kharaj, al-Amwal dan juga al-Hisbah ?

3. Memperbanyakkan intelectual discourse. Jadi anda yang tidak bersetuju dengan idea-idea yang bakal ditulis nanti boleh saja membangkang sesuka hati anda. Itu adalah lebih baik.

4. Bersetuju dengan free market bermaksud “perlindungan” seperti DEB, tanah rizab Melayu, kuota bumiputera dan sebagainya perlu dihapuskan. Maka, anda harus bersedia apabila keistimewaan melalui DEB ditarik balik. Ia boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Dan bagaimana sebenarnya free market boleh membantu orang Melayu dan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
(M Nasir, Tanya Sama itu Hud Hud)

Saya ada 2 kisah untuk dikongsikan bersama.

Microsoft & Free Market

Pada awal 80an, apabila orang mula pandai menggunakan komputer sebagai personal computer (PC), maka ada gesaan dari pihak “anti-kapitalis” agar kerajaan Amerika menggunakan undang-undang bagi “melindungi” pengguna komputer daripada sifat tamak syarikat pembuat software. Mereka mahu agar satu standard operational system (OS) sahaja digunakan.

Alasannya …

Syarikat pembuat software akan menipu dan mengelirukan pengguna dengan kewujudan pelbagai OS akan membolehkan syarikat pembuat software membuat untung besar hasil dari kebodohan pengguna. Eksploitasi. Tamak. Menipu.

Tetapi apabila Bill Gates, melalui penciptaan software Windows, telah berjaya membuatkan ramai pengguna komputer selesa dengan satu OS sahaja, dan memenuhi hasrat awal untuk menyeragamkan OS untuk semua pengguna PC muncul pula gesaan dari pihak “anti-kapitalis” yang baru.

Alasan yang baru - monopoli.

Monopoli Windows perlu dihapuskan. Kerajaan perlu campur tangan untuk pastikan Windows tidak memonopoli semua penjualan OS. Jangan bagi Windows sertakan sekali Windows Media Player, Internet Explorer dan software lainnya agar membolehkan pengguna mendapat pilihan yang sewajarnya untuk diletakkan dalam personal computer masing-masing. Saman bernilai $613 juta telah difailkan.

Dan pihak sebenar yang sedang dan telah mengurangkan penguasaan pasaran Microsoft bukanlah hasil dari saluran undang-undang anti-trust tetapi adalah dari usaha gigih para pembangun open source software. Linux. Ubuntu. Mozilla. Wordpress. Open Office. Safari. Dan juga pengeluar komputer Apple Mac yang langsung tidak menggunakan teknologi Windows. Dan saya sendiri menggunakan Mozilla Firefox lebih banyak dari IE.

Pada Q4 2004, IE menguasai 91.35% dan hari ini pada Q4 2008, IE hanya menguasai 70.38% sahaja untuk pasaran web browser. Sekiranya open source software developer terus mengeluarkan browser yang lebih berkualiti dan user friendly dari IE, sudah tentu share market Microsoft akan terus jatuh.

Satu persoalan penting yang perlu Islam tangani di sini.

Adakah natural monopoli - iaitu monopoli yang berlaku tanpa paksaan ke atas pengguna seperti kes Microsoft - dibenarkan dalam Islam atau tidak ?

Atau dalam kes MILO. Semua budak, orang dewasa, orang tua, tahu air MILO sedangkan banyak lagi minuman berasaskan coklat / koko ada di pasaran. Kenapa hampir semua kedai makan ada jual MILO tetapi bukan VICO?

Dari pandangan bisnes, tindakan Microsoft yang menyertakan sekali Windows Media Player, IE adalah tindakan yang bijak. It is a very smart business strategy. Dalam bisnes, kita namakan ia sebagai pakej.

Apabila anda beli kereta, sudah tentu anda mahu tayar, radio, penghawa dingin, cermin disediakan sekali bukan ? Jadi adakah tindakan pengeluar kereta menjual kereta dengan set aksesori yang lengkap adalah satu tindakan yang salah ?

Proton, Perodua dan Tarif (Controlled Market)

Proton ditubuhkan pada 1983. Pada September 1985 kereta pertama Proton iaitu Saga telah berjaya dikeluarkan. Ramai daripada rakyat Malaysia membeli kereta keluaran Proton kerana harga yang ditawarkan on the road adalah sangat murah berbanding dengan kereta lain, khususnya kereta import.

Pada tahun 2002, penguasaan pasaran Proton melebihi 60% dalam penjualan kereta di Malaysia. Sebelum ia jatuh sekitar 30% pada 2005.

Perodua pula telah ditubuhkan pada 1993 dan mula mengeluarkan Kancil pada 1994.

Tahukah anda, penjualan kereta import menjadi jauh lebih mahal on the road kerana adanya tarif cukai, dan penjualan AP yang dikenakan terhadap penjualan kereta import oleh kerajaan untuk membantu Proton dan juga Perodua.

Dan sudah tentu ada ada mendengar banyak rungutan orang ramai mengenai kereta Proton baik jenama apa sekalipun. Saya tidak perlu cakap banyak, anda telah alami sendiri. Perodua juga tidak terlepas dari masalah yang sama.

Terbaru, kerajaan Perak, Kedah, Selangor pun sudah berkira-kira untuk tidak lagi menggunakan Proton sebagai kereta rasmi mereka. Isu utamanya adalah isu kualiti dan kos penyelenggaraan.

Adanya cukai sebegini menyebabkan Proton dan Perodua memonopoli pasaran kereta di Malaysia. Walaupun pada awalnya ia berhasrat untuk membantu syarikat tempatan, tetapi ia kelihatan syarikat-syarikat tersebut tidak mengambil kesempatan yang diberikan untuk meningkatkan kualiti kereta mereka dan akhirnya ia merugikan pengguna iaitu anda.

Anda membayar harga yang lebih tinggi untuk kereta berbanding penduduk negara lain seterusnya menghabiskan sebahagian besar gaji hanya untuk kereta! Sedangkan duit anda itu boleh digunakan untuk banyak urusan lain selain menghabiskan installment kereta selama 9 tahun!

Anda mendapat kereta yang murah, tetapi malangnya dengan kualiti yang rendah berbanding kereta import. Campur tolak tambah kos baik itu ini, sama.

Pelanggan Proton di luar negara khabarnya lebih menikmati kualiti yang lebih tinggi. Agaknya kenapa Proton boleh menjaga kualiti kereta apabila keretanya diimport tetapi tidak berlaku demikian untuk pengeluaran dalam negara sendiri ?

Frederic Bastiat, seorang pemikir dari Perancis membawa analogi yang baik mengenai isu tarif sebegini melalui eseinya ‘Petition of the Candlemakers’

Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar tingkap, kubah, pintu, cermin dan segala pembukaan di dalam rumah, bangunan, gereja dan sebagainya mesti ditutup dari kemasukan cahaya. Cahaya matahari adalah musuh kepada pembuat lilin. Dengan adanya cahaya matahari, maka pembuat lilin tidak boleh berjaya dalam bisnesnya. Maka, kerajaan perlu membantu para pembuat lilin ini dengan perlindungan undang-undang untuk memastikan bisnes mereka maju, lebih banyak pekerja meraih pendapatan yang baik dan ekonomi negara terus berkembang.

Justeru, adakah anda ingin terus membantu Proton, Perodua dengan alasan syarikat tempatan perlu akan lebih maju, vendor mereka terus hidup, pekerja mereka terus meraih pendapatan, ekonomi negara berkembang dengan mematikan persaingan sihat dan seterusnya menyebabkan anda terpaksa berbelanja lebih, hutang semakin banyak dan mendapat kereta yang lebih rendah kualitinya ?

Itu pilihan anda.

Dan bagaimana Islam memandang monopoli yang berlaku hasil dari tindakan kerajaan sebegini ?

saya ada menyebut mengenai idea asal free market iaitu:

Anda sebagai penternak lembu (pemilik harta) mempunyai sepenuhnya hak dan kebebasan terhadap lembu-lembu (harta) anda.

Idea asal ini mudah difahami apabila ia hanya melibatkan anda seorang.

Tetapi apabila ia melibatkan 2 orang atau lebih, maka ia menimbulkan sedikit sebanyak konflik dan kekeliruan dan apabila ia melibatkan sesebuah negara, maka ia semakin kompleks.

Apabila seseorang itu tidak faham asas pemilikan (ownership) harta, maka muncul lah idea sosialis. Yang sangat-sangat mengutamakan central planning sehingga melanggar individual property rights yang perlu dihormati.

Kerajaan yang perlu menentukan semua benda. Gula dijual banyak mana. Garam dijual berapa harganya. Roti dibuat dari gandum apa. Gaji banyak mana. Dan seterusnya.

Di Soviet Union, badan ekonomi terpenting yang menentukan segala benda yang diperlukan ini dikenali sebagai Gosplan.

Apa itu harta (property) ?

Adakah binatang ternakan itu harta ?

Adakah buah-buahan itu harta ?

Adalah babi itu harta ?

Adakah arak itu harta ?

Adakah wanita itu harta ?

Adakah manusia itu harta ?

Dalam Islam, segala asal sesuatu itu adalah harus. Maka apa sahaja boleh dijadikan harta melainkan ada dalil yang menyatakan ia adalah sesuatu yang haram. Apabila dah haram, maka ia tidak boleh dizakatkan.

Jadi Islam dah menyatakan babi itu haram, arak pun haram, wanita bukannya objek seks (pelacuran), manusia itu sendiri bukan komoditi (penculikan kanak-kanak, perhambaan), judi bukan perniagaan, riba bukan perniagaan, maka dalam Islam konsep harta adalah lebih jelas.

Malah dijelaskan lagi dalam hadis Rasulullah saw secara khusus mengenai harta yang dikongsi bersama iaitu:

Semua manusia berkongsi 3 perkara, air, api dan padang rumput (Abu Dawud)

Dan harta dalam Islam dibahagian kepada 3.

1. Harta Negara

Harta yang dibeli dari individu, diperolehi dari hasil perang, zakat, dan … dan … ia boleh menjadi perbahasan yang panjang seperti hasil galian seperti petroleum, emas, perak, berlian, tanah yang tidak diusahakan (mawat), harta yang tidak dituntut oleh sesiapa dan seterusnya.

2. Harta Awam

Seperti mana disebut dalam hadis Abu Dawud di atas. Air, api dan padang rumput. Dan berdasarkan hadis ini sebenarnya penswastaan air, elektrik seharusnya tidak dibuat. Padang rumput ini pun ada ulama mentafsirkannya sebagai tanah pertanian. Tetapi dalam Islam, sudah ada zakat pertanian, justeru ia bermaksud individu seharusnya boleh memiliki tanah pertanian sendiri.

Dan persoalan yang penting, sekiranya ia adalah harta awam, adakah negara yang patut menguruskannya seperti menjadikan ia seperti LLN, JBA dahulu ? Oh tidak …

Atau sepatutnya ia diuruskan melalui pemilikan awam berdasarkan konsep waqaf ?

Dan saya lebih bersetuju sekiranya ia diuruskan dengan pilihan kedua. Maksudnya, ia diuruskan seperti SYABAS sekarang tetapi tiada seorang pun boleh mendakwa dia adalah pemilik SYABAS.

Saham waqaf yang dimilik adalah sama nilainya setiap seorang pembeli sahamnya, justeru tiada siapa boleh menuntut pemilikannya kelak. Maka selepas segala kos ditanggung oleh pengguna, sekiranya ada untung, maka keuntungan itu digunakan balik untuk meningkatkan kualiti dan khidmat perbekalan air dan apa-apa projek yang bermanfaat untuk umum dan bukan untuk memenuhkan poket sendiri. CEO hanyalah sebagai pemegang amanah.

Alasannya anda boleh baca di post ini.

3. Harta Persendirian

Apa-apa sahaja harta yang anda perolehi dengan cara yang sah dan halal. Yang tidak boleh dicuri, dirompak, dirosakkan, dimusnahkan, diubah oleh orang lain. Yang anda boleh beri sedekah, hadiah dan sekiranya anda mati nanti, diwasiatkan dan difaraidkan. Harta yang anda akan lindungi, jaga, sayang dan untuk ditukarkan dengan harta yang lebih baik bagi anda.

Pertukaran Barangan (Exchange)

Pada peringkat awal, apabila anda mempunyai lembu dan anda memerlukan garam, maka anda akan mencari pengusaha garam untuk melakukan barter trading.

Berdasarkan idea asas di atas, maka pemilik garam tidak boleh dipaksa bertukar barang dengan anda sekiranya dia tidak mahukan daging lembu anda. Exchange must be voluntary.

Keduanya, bukan senang nak cari pengusaha garam yang mahu daging lembu.

Ketiga, pemilik lembu yang tidak tahu dengan bisnes garam, ada kemungkinan besar terdedah dengan penipuan pengusaha garam. Dan sebaliknya.

Maka sebab itulah melalui hadis riba yang pernah dibincangkan sebelum ini, Islam menggalakkan penggunaan matawang untuk urusan pertukaran barang iaitu berjual beli berbanding pertukaran barang mengikut barter.

Dan pemikir “kapitalis” juga berpendapat barter trading is barbarious and uncivilised.

Tempat berlaku pertukaran barang ini dikenali sebagai pasar (market). Dan hari ini pasar tidak lagi terhad kepada pasar basah, pasar tani, pasar malam, pasar lambak mahu pun pasar raya, tetapi pasar hari ini meliputi pasaran saham, rumah, kereta, “pasar-pasar” di internet dan seterusnya.

Inilah yang seharusnya anda faham terlebih dahulu apabila anda ingin bercakap pasal “kapitalis” atau free market.

Dan perkara yang paling penting yang perlu dibiarkan bebas oleh semua pihak termasuk kerajaan, adalah harga (price).

Maka apabila harga dibiarkan bebas tanpa unsur kawalan, subsidi, cukai, monopoli maka harga yang ditawarkan akan menjadi lebih tulen. Ia akan menunjukkan penawaran dan permintaan sebenar sesuatu barang.

Anda ada banyak lembu. Anda ingin menjualkan lembu anda RM 1 seekor.

Cuba lah tiada masalah.

Anda ada banyak lembu. Anda ingin menjualkan lembu anda RM 1500 seekor.

Cuba lah tiada masalah.

Anda ada banyak lembu. Anda ingin menjualkan lembu anda RM 10,000 seekor.

Cuba lah tiada masalah.

Apa yang menarik dan sukar untuk difahami oleh sesiapa, pelanggan akan lebih banyak membeli lembu yang dijual sekitar harga RM 1,500 seekor. Kerana itulah market price yang diterima. Pelanggan secara semulajadi tidak akan membeli lembu yang dijual below price (RM 1) dan juga over price (RM 10,000).

Hal inilah yang dikatakan invisible hand yang disebut oleh Adam Smith.

Anda yang berniaga, sudah pasti menghadapi masalah dalam penentuan harga servis / produk anda. Jual murah orang tak beli. jual mahal pun orang tak beli. Orang yang berniaga akan try and error pelbagai harga sehinggalah dia mendapat harga yang sesuai dengan bisnes mereka.

Invisible hand ini anda perlu faham, ia bukan hidden hand. Ia bukan kuasa yang tersorok. Seperti kes monopoli.

Invisible hand ini hasil dari human emotion.

Isaan Newton menyebut, “I can calculate the motion of heavenly bodies, but not the madness of people.

Mereka yang benar-benar mahir dalam sales and marketing faham konsep ini. People buy on emotion.

Anda tidak beli sesuatu barang semata-mata kerana harganya tersangat rendah. Anda juga tidak beli sesuatu barang kerana harganya tersangat tinggi. Dan ia penilaian yang subjektif.

Justeru, peniaga, penjual hanya perlu mencari satu harga yang diterima pakai oleh emosi manusia. Khususnya pasaran mereka. Sekiranya sasaran bisnesnya adalah orang berduit sudah tentu akan dijual dengan harga lebih tinggi. Dan sebaliknya.

Apa beza burger yang anda makan di tepi jalan dan burger di McDonalds?

Atau sekiranya harga tersebut sudah menjadi begitu kompetetif, teknik pengiklanan, pemasaran dan penjenamaan yang menyentuh emosi manusia.

Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

(Ar-Ra’d : 2)

Kerajaan pada asasnya tidak boleh memihak kepada

  • Pengguna
  • Peniaga

Kerana kedua-dua pihak adalah rakyat dan kerajaan perlu bertindak adil kepada kesemua pihak.

Seperti dalam post yang lepas, komponen paling penting dalam free market adalah harga.

Harga ini memberikan banyak isyarat.

  • Supply
  • Demand
  • Kualiti
  • Dan seterusnya

Orang yang terlibat secara langsung dengan perniagaan boleh melihat betapa penentuan harga ini sangat penting dalam bisnes.

Harga tidak boleh dikawal. Jangan ada campur tangan dalam penentuan harga.

Apabila ia dikawal, ia akan menyebabkan berlakunya ketidak adilan kepada kedua-dua pihak (berdasarkan situasi)

  • Pengguna
  • Peniaga

Kawalan harga atau campur tangan dalam harga ini berlaku dalam banyak cara seperti

  • Monopoli
  • Subsidi
  • Kuota
  • Harga siling
  • Harga lantai
  • Cukai
  • Riba

Apabila harga ditetapkan selain oleh pasaran, maka kekeliruan akan berlaku dalam pasaran menyebabkan pengguna tidak membeli pada harga yang sepatutnya mereka beli dan peniaga tidak menjual pada harga yang sepatutnya mereka jual.

Riba bukan elemen free market

Mari kita lihat bagaimana riba boleh menyebabkan berlakunya business cycle yang tidak berlaku secara semula jadi.

Contohnya rumah yang dijual oleh pemaju pada harga RM 200,000.

Tetapi disebabkan wujudnya BLR dan riba, maka dengan kadar 6.5% (sebagai contoh) untuk bayaran selama 30 tahun, anda sebenarnya selaku pengguna membayar

RM 455,088.98

iaitu lebih RM 255,099.98 dari nilai sebenar.

Dan banyak perniagaan hari ini suka atau tidak suka, membuat pinjaman perniagaan berasaskan riba yang menyebabkan peniaga terpaksa mengenakan harga lebih mahal semata-mata untuk membolehkan kadar faedah diselesaikan untuk mengelakkan gulung tikar.

Cukai juga elemen tidak perlu dalam free market

Dalam industri kereta di Malaysia pula, saya ambil contoh harga kereta

Honda City 1.5 (Gred S)

Di Semenanjung ia dijual dengan harga sekitar RM 85,000.

Tetapi di Labuan & Langkawi (bebas cukai), ia dijual hanya sekitar RM 58,000 sahaja.

Perbezaan RM 27,000

Dengan membayar deposit 10% dan dengan sistem perbankan yang ada sekarang, anda sebenarnya membayar RM 96,000 (3% kadar faedah) atau membayar lebih dari RM 11,000 dari harga sebenar.

Sejauh mana cukai untuk membantu Proton & Perodua dibenarkan Islam ?

Campur tangan kerajaan dalam harga melalui cukai dan riba

Apabila naik turun kadar faedah ini dikawal mengikut perkiraan kerajaan menerusi bank pusat, maka peniaga adalah orang yang paling terjejas.

Kereta boleh dijual dengan harga lebih rendah, tetapi dengan adanya cukai dan riba maka pengguna tidak dapat membeli kereta tersebut.

Pengguna tidak dapat beli kereta walaupun sebenarnya mampu sekiranya dijual dengan harga sebelum cukai dan riba.

Peniaga tidak dapat menjual kereta kerana harganya sudah naik berganda yang membawa kepada kemerosotan jualan, bisnes jadi tidak baik dan worst case scenario, pemberhentian pekerja.

Cuba anda bayangkan sekiranya pasaran dikawal melalui monopoli ?

Pasaran dikawal melalui kuota bumiputera ?

Pasaran dikawal dengan harga siling ?

Monopoli OPEC

OPEC adalah penjenayah paling besar dalam ekonomi dunia.

Tidak lama dulu, ada yang menyalahkan spekulator dalam pasaran hadapan minyak mentah yang menaikkan harga minyak mentah.

Sedangkan negara-negara pengeluar minyak yang besar ini lah yang menyekat dan melambakkan bekalan minyak mengikut kepentingan poket mereka sendiri.

Dan negara OPEC ini majoritinya adalah negara umat Islam yang sering menyalahkan “kapitalisma” apabila berlaku krisis ekonomi.

Kes Harga Siling Untuk “membantu” rakyat

Sekiranya kos pengeluaran beras / kilo adalah RM 3 dan kerajaan menetapkan beras mesti dijual dengan harga RM 2.50 / kilo maka perbezaan RM 0.50 ini perlu ditanggung oleh siapa?

Sekiranya kerajaan berduit, kerajaan akan memberikan subsidi. Adakalanya kepada pengguna, dan adakalanya kepada peniaga.

Sekiranya kerajaan tidak berduit, maka tiada subsidi akan diberikan.

Atau kerajaan tidak berduit dan tetap mahu beri subsidi, maka cukai lebih tinggi dikenakan.

Jika tiada subsidi, kesannya peniaga gulung tikar. Beras tiba-tiba tiada di pasaran. Siapa mahu berniaga kalau tidak boleh buat untung ?

Peniaga tidak jual 10 kilo beras. Mereka jual bertan-tan beras. Cuba anda kira berapa banyak kerugian yang perlu ditanggung atau subsidi yang perlu diberikan sekiranya beras dijual dengan harga siling ?

Pekerja kilang beras perlu dibayar gajinya.

Kos operasi lain masih perlu ditanggung.

Harga beras boleh menjadi murah, tetapi ada harga lain yang perlu dibayar oleh rakyat seperti kenaikan cukai.

[Nota: Industri beras di Malaysia sebenarnya telah dimonopoli oleh Bernas. Ini adalah ilustrasi sahaja]

Kes Subsidi Pertanian di Eropah

Di Eropah, kerajaan-kerajaan mereka memberikan subsidi tertentu untuk membantu sektor pertanian mereka.

Ia sebenarnya menguntungkan:

  1. Petani tempatan
  2. Pengguna luar

Dan dalam kes esktrem yang pernah berlaku, lambakan tomato berlaku di negara-negara Eropah sehingga berlaku pembaziran kerana petani hanya memikirkan untuk mendapat lebih pendapatan tanpa mengira faktor permintaan.

Adakah Islam membenarkan pembaziran sumber sebegini ?

Malah petani juga ada berkemungkinan tidak lagi memperdulikan isu kualiti kerana harga tidak lagi memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan pengguna berdasarkan kualiti. Petani dibayar berdasarkan jumlah pengeluaran tomato dan bukan kualiti.

Adakah Islam suka isu kualiti diabaikan ?

Pengguna luar juga akan mendapat hasil yang lebih murah tetapi mereka tidak dikenakan cukai oleh negara pengeluar.

Dan ia sebenarnya merugikan :

  1. Pengguna tempatan
  2. Petani luar

Walaupun harga boleh menjadi lebih murah (dan tidak semestinya), tetapi subsidi yang diberikan adalah hasil dari cukai yang dikenakan kepada rakyat. Cukai akan dinaikkan.

Dan memandangkan ada lebihan hasil pertanian, negara miskin tidak dapat menjual hasil mereka ke tempat lain.

Bantuan rumah PPR tidak membantu orang miskin

Kalau anda rajin melihat rumah PPR di sekitar Selangor dan KL, anda akan melihat 2 senario yang mengejutkan.

  1. Kereta mewah
  2. Piring satelit Astro

Secara logiknya, orang miskin tidak mampu membeli kereta mewah. Tetapi berlambak-lambak kereta Toyota, Honda malah kereta Proton tertentu di kawasan tersebut.

Malah, adalah tidak wajar untuk mereka melanggan Astro sedangkan baju sekolah anak mereka belum tentu mampu dibeli.

  • Pakej asas bernilai RM 37.95.
  • Setahun ia berjumlah RM 455.40

Malah keadaan yang sangat daif juga berlaku di rumah-rumah sebegini. Kebersihan tidak dijaga. Tiada kawasan permainan. Overcrowded. Kehidupan sosial yang lebih teruk. Jenayah banyak berlaku.

Adakah ini membantu orang miskin ?

Kenapa ini boleh berlaku ?

Apabila kerajaan menawarkan rumah serendah RM 130 di sekitar Lembah Klang, akan ramai yang berminat untuk duduk di situ. Sedangkan rumah ini terhad.

Maka mereka akan membuat apa saja yang boleh bagi menepati keperluan kerajaan. Menggunakan nama ibu bapa di kampung sebagai contoh.

Hasilnya orang yang bekerjaya dan berpendapatan tinggi yang duduk di situ.

Memandangkan sewa rendah, maka pihak kerajaan tidak berduit untuk menguruskan kawasan tersebut untuk menjadi lebih baik, bersih, cantik dan lebih sesuai untuk diduduki.

Memandangkan banyak permintaan, maka akan ada waiting list. Maka disini berlaku lagi konsep, “Hang tak kenal orang dalam lama la hang nak dapat.”

Macam mana orang miskin nak kenal pegawai ?

Macam mana OKU nak kenal pegawai ?

Kena hambat dan maki hamun adalah. [Ini kisah benar yang berlaku]

Siapa agaknya yang kenal pegawai dan orang dalam dan mempunyai “akal” untuk membolehkan yang tidak layak pun menjadi layak ?

Adakah konsep rumah PPR ini adalah idea orang “kapitalis” yang ramai orang anggap sebagai orang jahat dan tamak ?

Dan anda lihat pula kawasan perumahan yang dijual dan disewa mengikut harga pasaran. Yang tidak mempunyai sekatan leashold.

Bandingkan dengan kawasan PPR yang ada. Yang mana adalah lebih baik ?

Kawasan kejiranan yang disediakan oleh “kapitalis” yang jahat, tamak dan haloba atau “kerajaan” yang mempunyai slogan mesra rakyat ?

Jadi, siapa sebenarnya membantu siapa ?

Adakah benar orang miskin dan perlukan bantuan lebih terbela ?

Adakah kerajaan sebenarnya telah berlaku adil atau mereka sebenarnya hanya menyangka mereka telah berlaku adil ?

Sebab itu dalam Islam untuk membantu orang fakir, miskin dan asnaf lainnya, adalah dengan sistem zakat.

Kerana zakat itu sifat dan semangatnya bukan seperti cukai.

Dan sistem zakat itu tidak mengganggu mekanisma harga kerana ia tidak seharusnya dilaksanakan seperti sistem cukai.

P/S : Terima kasih lah kepada blogger "Pakdi" sebab menerangkan sedikit sebanyak pasal ekonomi hari ne..skrg baru aku paham..apa itu kapitalis..apa sosialis..apa masalah kita skrg..kah kah kah..kapitalis???



Wednesday, February 25, 2009

BOIKOT ZIONIS - KOD BAR







BOIKOT BARANG BUATAN ZIONIS


Sila perhatikan barkod 729 – ini adalah barangan buatan negara Zionis.

Barangan ini sedang menyusup masuk. Waspada dimana-mana sahaja ketika membeli belah.

Kempen boikot Zionis Isreal telah dilancarkan di seluruh dunia.

SKUAD TENTERA PEREMPUAN CHINA

Pic di bawah ne plak skuad tentera pompuan China..fuhh..apsal china ne..berlatih habis habisan..mcm perang mo meletus jak..taw taw jak dorang ne...jum tgk...




P/S : Alaa..x payah la nak berlatih tendang kayu..pecah batu bata atas kepala..tendang2 perut...kena tembak sekali mampus jugak...kena bom tangan..mampus jugak..kena periuk api..mampus jugak..saya saramkan, tentera pompuan malaysia..blaja guna senjata, blaja tinggi2 cipta senjata..blaja buat bom dari sumber2 alam..kah kah kah..guna otak..bukan guna perasaan nak pecah2 bata..kah kah kah..

MAKAN TAHI HIDUNG BOLEH JAGA KESIHATAN

Percayakah anda..dengan mengorek tahi hidung..dan memakan tahi hidung tersebut bleh menjaga kesihatan?? aku pun x taw..aku bukan doktor..jum cek apa doktor dari austria ckp..kah kah kah..


Klik untuk besarkan

P/S : Lepas ne..ramai la korek hidung..klaw perlu..jual tahi hidung kat kedai..kah kah kah..

Tuesday, February 24, 2009

SEBAB ROSLIN KAHWIN 12 HARI



Roslin Hashim
adalah pemain badminton senior negara. Dalam arena badminton prestasinya adalah turun naik tetapi boleh dibanggakan kerana beliau dan adiknya Hafiz antara penyambung warisan badminton berbangsa Melayu selepas keluarga Sidek di dunia badminton negara.

Yang hangat ialah perkahwinan Roslin Hashim, 34, dengan Faizah Mohamad, 32 cuma bertahan cuma 12 hari sahaja kerana mereka dah bercerai . Mereka bernikah pada 30 Januari sebelum bercerai 11 Februari lalu.

Rasanya ramai juga yang belum tahu Roslin berkahwin malah Roslin Hashim sendiri mengatakan rasa serba salah kerana masih ada yang masih lagi mengucapkan tahniah atas perkahwinannya sehingga kini.

Rasanya rekod perkahwinan selebriti paling pendek dalam sejarah yang admin ingat . Sebelum ini usia perkahwinan Aziz M.Osman dan seorang Ustazah cuma 3 bulan. Perkahwinan pelakon Beego pada tahun lepas bertahan selama 4 bulan manakala perkahwinan Nash bertahan 10 bulan tetapi kes perceraian tersebut sehingga kini belum selesai lagi iaitu lebih 2 tahun.

Menurut Roslin “Selepas tiga hari, saya mula terfikir ke arah mana rumah tangga saya ini. Sebabnya, saya terasa seperti tidak dilayan seperti suami, tiada hormat pada saya tetapi saya masih beri dia peluang."

Mungkin inilah risikonya apabila berkahwin bukan dasar cinta kerana perkahwinan Roslin itu adalah diatur oleh keluarga. Susah juga ya, kalau kahwin yang diatur oleh keluarga.

Tetapi orang dulu kebiasaanya perkahwinan adalah diatur oleh keluarga bertahan sehingga ke akhir hayat. Itulah ada persoalan mana lebih baik "cinta sebelum kahwin" atau cinta selepas kahwin" .

Mungkin cinta selepas kahwin adalah tidak sesuai pada zaman sekarang. Apa pun perkahwinan bukanlah benda main-main, kalau boleh biar berkahwin tu sekali seumur hidup dan hanya kematian yang memisahkannya. Wakau bagaimana pun, ajal dan jodoh tu kerja Tuhan dan telah tertulis di Luh Mahfuz.Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

GAMBAR RIHANNA KENA PUKUL

gambar Rihana dipukul

Gambar Rihana penyanyi R&B yang dipukul oleh teman lelakinya, Chris Brown. Gambar menunjukkan kecederaan di bibir Rihana dan di pipinya.

Kes Rihana dipukul ini menyebabkan konsertnya di Kuala Lumpur yang ditaja oleh Celcom ditanggguh kepada tarikh yang belum diputuskan lagi.

Konsert Rihana di Kuala Lumpur sebelum ini ditentang keras oleh PAS kerana dikatakan menyokong Amerika sedangkan kempen Boikot Israel hangat diperkatakan ketika ini.

Sumber gambar: The Sun

P/S : Kah kah kah..mcm muka OM jak Rihanna ne..(org sabah ja tahu OM tu apa..klaw nak taw..cari member2 sabah..lepas tu tanya apa OM tu..aku malas nak bagik penerangan)...mcm OM..kah kah kah!!

5 MOTORSIKAL TERLAJU

Mesti ramai yang nak tahu..motorsikal mana yang laju skrg ne..so, aku dah cek..dan jumpa 5 buah motor..kah kah kah..jum kita kongsi2 je la info ne...jumss!!





With enough raw power to shock even the most seasoned adrenaline junky, the K 1200 S hurls you from a dead stop to sixty mph in just 2.8 seconds. Once you're over the whiplash, you'll keep climbing, topping out at speeds that run neck-and-neck with the fastest production motorcycles in the world.





The Ducati 1098 is a 1099 cc L-twin sport bike manufactured by Ducati. It was announced on November 8, 2006 for the 2007 model year and replaces the 999. The 1098 makes a manufacturer claimed 160 horsepower, 90.4 ft-lb torque, and weighs 173kg. These figures gives the 1098 the highest torque-to-weight ratio of any production sport bike ever made.





The RSV Mille and limited-edition RSV Mille Factory are high performance V-twin powered motorcycles made by Aprilia with a 143 HP 998 cc engine built by the Austrian company Rotax. For 2006. The RSV Mille Factory won the Maxisport category for Masterbike 2006 and overall Masterbike of the year.






The Yamaha YZF-R1 motorcycle, introduced in 1998, was the first significant motorcycle in the true litre class (1,000 cc) "handling arms race" between the Japanese Big Four motorcycle manufacturers (Honda, Kawasaki, Suzuki and Yamaha). When introduced, it took the class closer to a true racing motorcycle, and increased the handling capabilities.





Honda CBR 1100 XX Super Blackbird is a sport-touring motorcycle built by Honda. It combines big engine power, Easy operational error-tolerance with touring comfort. The Blackbird production started in 1997 and the last year of production was 2006. The Blackbird was the result of Honda's attempt to build the world's fastest production motorcycle, Stealing the crown from Kawasaki.

RAMALAN CUACA

RENUNGAN HARI INI

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP