Tuesday, February 10, 2009

NIZAR BAKAL DI TAHAN ISA

"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah akta ISA tak lama lagi. Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.

Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang tadi Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan dibawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Perak yang baru , Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan

Kepada ahli Pas dan Pakatan diminta untuk bertenang dan tidak bertindak sembarangan. Hmm politik Malaysia oh politik.......kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Sumber:tranungkite

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP