Monday, February 16, 2009

OTAK KIRI DAN KANAN KITA

Ramai yang tahu bahawa otak kiri dan otak kanan berfungsi untuk tugasan yang berbeza. Namun, ramai juga yang bertanya kepada saya persoalan berikut "buktikan kepada saya bahawa otak kiri dan otak kanan menjalankan tugas berbeza. Saya tak nampak pun perbezaannya. Teori sahaja... buktikan secara praktikal". Betul juga ya...
.
Ramai pakar motivasi sama ada yang terkenal atau tidak dikenali, sama ada yang menjadi selebriti (ikon TV) atau yang senyap sunyi... hanya pandai bercakap sahaja, tetapi tidak pernah membuktikannya kepada umum bahawa otak kiri dan kanan menjalankan tugas berbeza. Persoalannya bagaimana otak kanan dan kiri berbeza???
.
Saya ingin menunjukkan kepada anda satu perspektif yang mana otak kiri dan kanan menjalankan tugas yang berbeza. Di dalam gambarajah di bawah, anda dimohon MEMBACA WARNA dan bukannya TULISAN. Contoh: Perkataan pertama dibaca sebagai Green dan bukannya ejaan tulisan sebagai Yellow. Dan, begitulah seterusnya...
.
.
Saudara-saudari... ramai yang tersangkut (mengalami kesukaran) apabila membaca warna hingga ke barisan ketiga. Mengapa? Otak kanan membaca warna... tetapi otak kiri cuba membaca perkataan (mengeja huruf-huruf). Ini membuktikan fungsi yang berbeza dilaksanakan oleh kedua-dua belah otak.

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP