Tuesday, February 24, 2009

SEBAB ROSLIN KAHWIN 12 HARI



Roslin Hashim
adalah pemain badminton senior negara. Dalam arena badminton prestasinya adalah turun naik tetapi boleh dibanggakan kerana beliau dan adiknya Hafiz antara penyambung warisan badminton berbangsa Melayu selepas keluarga Sidek di dunia badminton negara.

Yang hangat ialah perkahwinan Roslin Hashim, 34, dengan Faizah Mohamad, 32 cuma bertahan cuma 12 hari sahaja kerana mereka dah bercerai . Mereka bernikah pada 30 Januari sebelum bercerai 11 Februari lalu.

Rasanya ramai juga yang belum tahu Roslin berkahwin malah Roslin Hashim sendiri mengatakan rasa serba salah kerana masih ada yang masih lagi mengucapkan tahniah atas perkahwinannya sehingga kini.

Rasanya rekod perkahwinan selebriti paling pendek dalam sejarah yang admin ingat . Sebelum ini usia perkahwinan Aziz M.Osman dan seorang Ustazah cuma 3 bulan. Perkahwinan pelakon Beego pada tahun lepas bertahan selama 4 bulan manakala perkahwinan Nash bertahan 10 bulan tetapi kes perceraian tersebut sehingga kini belum selesai lagi iaitu lebih 2 tahun.

Menurut Roslin “Selepas tiga hari, saya mula terfikir ke arah mana rumah tangga saya ini. Sebabnya, saya terasa seperti tidak dilayan seperti suami, tiada hormat pada saya tetapi saya masih beri dia peluang."

Mungkin inilah risikonya apabila berkahwin bukan dasar cinta kerana perkahwinan Roslin itu adalah diatur oleh keluarga. Susah juga ya, kalau kahwin yang diatur oleh keluarga.

Tetapi orang dulu kebiasaanya perkahwinan adalah diatur oleh keluarga bertahan sehingga ke akhir hayat. Itulah ada persoalan mana lebih baik "cinta sebelum kahwin" atau cinta selepas kahwin" .

Mungkin cinta selepas kahwin adalah tidak sesuai pada zaman sekarang. Apa pun perkahwinan bukanlah benda main-main, kalau boleh biar berkahwin tu sekali seumur hidup dan hanya kematian yang memisahkannya. Wakau bagaimana pun, ajal dan jodoh tu kerja Tuhan dan telah tertulis di Luh Mahfuz.Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan.

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP