GEMPAR : PUISI DR ASRI DI GAM RTM
(KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN)
Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja 'Aku Bukan Musuh Harta', lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.
Ketika dihubungi, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.
"Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.
"Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu," kata Dr Asri yang kini berada di
Katanya lagi,"Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan."
Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan 'makar' di dalam puisi beliau yang bertajuk 'Yang Benar Tetap Benar' itu.
P/S : Padan la kena bann..bila baca puisi ni..menteri2 mesti ramai yang terasa..mana yg dapat komisen..mana yang rompak harta negara..mana yang main jual jual projek..padan la kena bann..kah kah kah..padan la..padan la...padan laa...
0 comments:
Post a Comment