3 PEKERJA KFC DI PECAT
Berlaku kat Anderson, California. 3 pekerja kfc (kentucky fried chicken) dan juga merupakan pelajar sekolah tinggi, ntah takda keja, pegi mandi dalam sink tempat basuh pinggan mangkuk kat dapur kfc tempat depa keja, amik gambar, lepas tu post dalam MySpace. Dalam MySpace tersebut, diaorang letak gambar-gambar tersebut dalam gallery dan menamakan gallery tersebut sebagai "KFC moments" dan captionnya berbunyi "haha we turned on the jets" dan "haha KFC showers!". Salah seorang daripada 3 remaja terbabit yang erumur 17 tahun, mengaku meng'upload' gambar tersebut di dalam MySpace.
Sebenarnya perkara ini tidak disedari pengurusan restoren tersebut sebelum ini kerana semasa mereka menutup restoren tersebut, tiada pengurus yang hadir. Namun selepas gambar tersebut didedahkan, barulah pihak pengurusan kfc mengambil tindakan dengan menggantung ketiga-tiga pekerja tersebut. Selepas itu, seorang daripadanya meletak jawatan dan dua yang lain dipecat.
Kes yang seumpamanya turut berlaku di restoren Burger King di Ohio yang mana seorang pekerja lelaki mengambil gambar bogelnya di dalam singki sempena menyambut harijadinya yang ke 25.
P/S : Padan laa KFC tu sedap2..ni plak rahsianya...wahahahha..ic ic ic ic...
0 comments:
Post a Comment