ASRI NGASRI BERCERAI (SMS)
Kes ni masuk Melodi TV3 ahad lepas. Teringat masa tengok kes penceraian ni, macam main-main je Bell (Ngasrizal Ngasri) ni. Isterinya, Farhana Mahamad Fauzi secara sah diceraikan oleh Bell di Mahkamah Rendah Syariah, pada 25 November 2008 lepas.
Dia menceraikan isterinya menerusi sms yang dihantarnya pada jam tiga petang dengan berkata "Aku ceraikan kau, Thank You. Selamat Berjaya."
Apa ertinya sms tersebut? Seolah-olah Bell tidak matang dengan menceraikan isteri menggunakan SMS. Bukan itu sahaja, malah menggunakan ayat yang tidak mencerminkan langsung sikap bertanggungjawab sebagai seorang suami.
Ada desas desus mengatakan penceraian ini disebabkan oleh orang ketiga yang bernama Farah Putri? Biar benarrr....
0 comments:
Post a Comment