Thursday, December 18, 2008

CLEOPATRA - PEMERINTAH EGYPT

Wajah Sebenar Cleopatra

IMEJ tiga dimensi ini menunjukkan wajah Cleopatra yang menawan.


LONDON - Wajah pemerintah Mesir kira-kira 2,000 tahun lalu, Cleopatra yang dikatakan jelita cuba dilakarkan menerusi imej tiga dimensi (3D), lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini watak Cleopatra yang menjadi legenda Mesir pernah dilakonkan oleh aktres Britain, Elizabeth Taylor dan Sophia Loren dari Itali.

Bagaimanapun, seorang pengkaji Mesir di Universiti Cambridge, Dr. Sally Ann Ashton percaya imej 3D yang dihasilkan menerusi komputer merupakan gambaran Cleopatra.

Imej itu dihasilkan berdasarkan lakaran-lakaran daripada artifak purba termasuk yang ditemui ketika Cleopatra memerintah kira-kira 2,000 tahun lalu.

Kajian itu dilakukan lebih setahun dan hasilnya adalah wajah seorang wanita muda yang jauh berbeza daripada versi Barat seperti lakonan Elizabeth pada 1961 dalam filem Cleopatra.

ELIZABETH Taylor pernah melakonkan watak Cleopatra di layar perak


Dr. Sally menyatakan imej itu akan disiarkan sebagai sebahagian daripada dokumentari mengenai Cleopatra yang menggambarkan warisan Greek termasuk Mesir.

"Dia (Cleopatra) tidak sepenuhnya berdarahkan Eropah. Anda perlu ingat bahawa keluarganya sudah tinggal di Mesir selama 300 tahun ketika dia berkuasa," katanya.

Gambar 3D itu adalah berbeza dengan imej yang diperlihatkan sebelum ini.

Sebagai contoh, sekeping duit syiling perak yang dipamerkan di Muzeum Sefton, Universiti Newcastle pada tahun lalu menunjukkan Cleopatra mempunyai dahi tidak luas, dagu runcing, bibir nipis dan hidung lengkung.

Wajah kekasih Cleopatra, Mark Antony yang merupakan seorang jeneral empayar Rom jauh lebih baik.

Imej terbaru Cleopatra itu menunjukkan dia mempunyai mata yang membonjol dan leher tebal.

Penampilan ratu itu telah menjadi perbahasan di kalangan ahli akademik.

Ketika tafsiran drama karya William Shakespeare menunjukkan wajah Cleoptara dan Antony yang muda dan pelbagai, kebanyakan pihak percaya ratu itu pendek, tidak kemas dan memiliki gigi rosak.

WAJAH Cleopatra ini dihasilkan melalui gabungan
lakaran purba yang ditemui sebelum ini.

Satu patung Cleoptara yang dipamerkan di sebuah muzium Britain pada 2001 menggambarkan tubuhnya sederhana, tinggi tidak lebih 1.52 meter dan tembam.

Cleoptara dilahirkan di Alexandra pada 69 Sebelum Masihi dalam sebuah dinasti Macedonia Greek yang memerintah Mesir selama tiga abad.

Dia berkuasa di Mesir ketika berumur 17 tahun.

Tiga tahun selepas berkuasa, dia menggoda pemerintah Rom, Julius Caesar dengan menyebabkan lahirnya seorang anak, Caesarion.

Selepas Caesar dibunuh, Cleopatra memikat Antony sebelum membunuh diri berikutan kematiannya.

Menurut legenda, Cleopatra meletakkan seekor ular kecil yang berbisa di payu daranya menyebabkan dia meninggal dunia.

0 comments:

RAMALAN CUACA

RENUNGAN HARI INI

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP