Saturday, March 14, 2009

RAJA AZMI BONGKAR PUNCA PENCERAIAN ROSLIN HASHIM

rahsia perceraian Roslin @ isuhangat perkahwinan Roslin Hashim bekas isteri Roslin

Sebelum ini, Faizah Mohamad, bekas isteri Roslin Hashim mengatakan Roslin tidak sabar yang menjadi punca perceraian mereka selepas berkahwin selama 12 hari.

Roslin Hashim pula berkata mereka tidak bersesuaian sebagai suami isteri dan menyedarinya selepas 3 hari berkahwin.

Tapi apa kena mengena dengan Raja Azmi pula? Raja Azmi yang sekarang tengah menimbulkan isu hangat mengenai filem "gay" nya pula dikatakan oleh Faizah dan keluarganya adalah orang ketiga yang menyebabkan perceraian mereka.

Dari siaran Galaxy TV9 malam tadi. Raja Azmi mengaku dia yang memperkenalkan Roslin dan Faizah menyelesaikan teka-teki perkahwinan Roslin Hashim dan Faizah Mohamad yang bertahan hanya 12 hari.

Kenyataan "hangat" dari Raja Azmi ialah punca perceraian Roslin Hashim dan Faizah Mohamad ialah kerana Faizah menolak kemahuan suaminya untuk bersetubuh sepanjang perkahwinan mereka!

Raja Azmi juga berkata walau pun Roslin mungkin tidak akan memaafkannya kerana pendedahan ekslusifnya itu terpaksa berbuat demikian kerana dirinya diheret dalam kemelut perceraian Roslin dan Faizah.

P/S : Wowww..ne kisah panas ne..kah kah kah..

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP