Thursday, March 12, 2009

GENG SAMUN/PUKAU DI SHAH ALAM DAN KELANG

Dari mailbox admin,

Saya ingin berkongsi pengelaman, kisah benar yang berlaku di rumah jiran saya semalam (11 Februari 2009) lebih kurang jam 4.30 petang. Kira-kira jam 4.00 petang, 2 orang lelaki berbangsa Cina(suspek) telah mengunjungi kawasan kejiranan di kampung saya dengan menawarkan penukaran 2 botol minyak kosong dengan sebotol minyak masak Cap Buruh 5kg yang baru.

Mereka telah datang mengetuk setiap pintu rumah termasuklah rumah saya. Akhirnya dia tiba di rumah jiran saya dan dia bersetuju memberikan botol minyak masak kosong yang disimpan di belakang rumah dan seperti yang dijanjikan dia diberikan sebotol minyak masak baru, suspek kemudiannya memberikan sebatang pensil(bertulisan cina) dan meminta jiran saya mencabut sehelai daripada beberapa helai kertas bergambar yang dipegang.

Sebaik sahaja kertas tersebut dipegang jiran saya sudah tidak ingat apa yang berlaku, dia telah menyerahkan semua barang-barang kemas miliknya dan anak2nya kepada 2 orang suspek tadi dan hanya menyedari apa yang berlaku selepas 10 minit suspek meninggalkan rumahnya. Suspek berbangsa Cina ( seorang gemuk dan seorang kurus) bercakap dalam loghat Sabah dan salah seorang darinya mempunyai tattoo di tangan.

Mereka dikatakan menaiki kereta proton satria berwarna Merah. Tolong sampaikan pesanan kepada isteri/ anak/ ibu/bapa/pembantu rumah anda yang berada di rumah agar berhati-hati dan jangan terpedaya dengan apa jua tawaran barangan percuma walaupun sebatang pensil. Aduan polis telah pun dibuat dan polis yakin suspek masih berada di sekitar kawasan Sungai Buloh dan akan terus meluaskan kegiatan secara berkumpulan ini di beberapa kawasan lain termasuk Klang dan Shah Alam. Sekian Wassalam.

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP