Monday, March 9, 2009

DIANA DANIELLE KE PLKN SAMBIL BUAT DUIT

Untung ya jadi pelakon, orang lain terpaksa masuk ke PLKN manakala Diana Danielle yang sebelum ini minta tangguh ke PLKN, akhirnya bersetuju ke PLKN tetapi ada masyukkk...

Kehidupan tiga artis remaja, Diana Danielle, Suki dan Aliff Satar ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal bermula pada 19 Mac ini akan dirakamkan dan disiarkan dalam bentuk program realiti di 8TV.

Menurut Diana yang dihubungi hari ini, perkara itu telah pun dibincangkan oleh pihak stesen televisyen itu bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), namun sebarang kata putus belum lagi dibuat.

"Apa yang diberitahu oleh ibu saya, perbincangan memang telah dibuat. Pihak JLKN juga telah bersetuju dan kemungkinan akan dibuat sebanyak lapan episod.

"Tujuan ia dijadikan dalam bentuk program realiti ialah untuk memaparkan pembabitan artis-artis dalam PLKN dan pada masa yang sama dapat menunjukkan kepada remaja di luar sana bagaimana kehidupan sebenar di PLKN.

"Tetapi, sejauhmana perkara ini dibincangkan, saya sendiri kurang pasti. Apapun bagi saya, ini satu langkah positif dan amat menyeronokkan," kata Diana yang dihubungi, semalam.

Pelakon berusia 18 tahun ini turut melahirkan perasaan terujanya untuk mengikuti sesi PLKN kali ini.

"Buat masa ini, saya belum lagi menerima surat pengesahan daripada JLKN. Malah, lokasi kem saya ditempatkan juga masih belum saya ketahui.

0 comments:

RAMALAN CUACA

RENUNGAN HARI INI

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP