Monday, March 30, 2009

PERAK BUAT PELUMBA NEGARA

azizul lumba basikal @ isuhangat

Kecil-kecil cili padi Azizul(baju hitam) berasal dari Trengganu mendapat pingat perak dalam Kejohanan Dunia dan menjadi sebutan peminat lumba basikal seluruh dunia. (Gambar dari Harian Metro)

Mohd Azizulhasni Awang berjaya meletakkan Malaysia di pentas dunia lumba basikal dan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba pertama negara meraih perak di Kejohanan Dunia selepas Rizal Tisin merangkul gangsa 1km ujian masa, kelmarin.

Biarpun tewas di final kepada jaguh Perancis, Gregory Bauge, Azizul bagaimanapun
Dalam perlumbaan penuh taktikal itu, Azizul memberi cabaran yang cukup sengit kepada Bauge, sebelum menyerah kalah pada pusingan penentuan selepas kedudukan terikat 1-1.

Bagaimanapun, pelumba berusia 21 tahun dari Terengganu itu melahirkan rasa terkilan kerana gagal memberikan emas buat negara dalam misinya memburu Jersi Pelangi selaku juara dunia.

Tahniah kepada Azizul.

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP