Wednesday, April 15, 2009

POLITIK DI TERENGGANU

Tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat laporan polis malam semalam setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

Adun Paka, Zakaria Abdullah dan Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam. Ketika ditemui pemberita di IPD Kuala Terengganu, Abdul Halim berkata mereka menerima SMS tersebut kira-kira 11.20 malam daripada individu yang mereka kenali selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.

Kira-kira jam 11.20 malam tadi, tiga Adun BN Terengganu iaitu, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka) menerima SMS berbau ugutan bunuh daripada nombor telefon bimbit 019-915 8369 sementara Datuk Rosol Wahid (Ajil) menerima SMS daripada komputer.

Dalam SMS itu, katanya individu berkenaan memberi amaran supaya mereka tidak meneruskan niat masing-masing, yang dipercayai merujuk kepada isu pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang memasuki hari kedua, hari ini. “Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dia tidak boleh ugut sesiapa pun, apatah lagi saya sebagai wakil rakyat. Nyawa orang tidak boleh nak ugut, saya tidak pasti kenapa saya menjadi sasaran,” katanya.

Abdul Halim berkata pegawai kanan kerajaan negeri itu telah menghantar SMS berbunyi “baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?.

P/S : Mcm2 je la..alaa...pangkat dan kuasa bukan bley di bawa mati...kah kah kah kah..

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP