Tuesday, April 21, 2009

AKU MUSTAPHA DI PENJARA DAN, RAISSUDIN DI DENDA

ako dipenjara

Pelakon Ako Mustapha dijatuhi hukuman penjara tiga bulan berkuatkuasa hari ini (21 April 2009) dan denda maksimum RM3,000 atas kesalahan berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Muslim, dua tahun lalu.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 36, mengaku salah atas tuduhan berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, pada 27 Jun 2007 sekitar pukul 1.20 pagi di Blok B-2-9, Kondominuim Oakleaf Park, Persiaran Bukit Antarabangsa, Gombak.

Ako dikenakan waran tangkap pada Januari lalu setelah beberapa kali tidak hadir prosiding mahkamah. Bagaimanapun pada 22 Januari lalu, Ako mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Ako kelihatan terkejut selepas mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Manakala seorang lagi penyanyi 70 an , Raisuddin Hamzah iaitu bapa kepada penyanyi Sarah Raisuddin dikenakan denda RM1000 kerana bernikah tanpa kebenaran dengan Siti Fatimah Suberi, 22, di Songkhla Thailand 2 tahun lalu.

isteri kedua Raisudin Hamzah

Betullah kata seorang teman, kalau nak berjumpa dengan artis dan selebriti pergilah Mahkamah Syariah. Kalau tak kes cerai, kes khalwat,kes kahwin lagi satu..

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP