Wednesday, April 15, 2009

AL QURAN DI POLITIKKAN?

Isu hangat di kalangan orang politik BN ialah isu Nga Ko Ming membaca ayat Al-Quran semasa berkempen, ayat yang di baca adalah Surah An Nahl (ayat 90) bukan Surah Aura seperti yang disebutkannya. Memang tiada nas yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh membaca Al-Quran tetapi kesilapannya menyebut nama surah menjadi pertikaian.

Kemudian timbul pula isu hangat terkini pula iaitu TS Rafidah Aziz yang sering meletakkan Al-Quran di hadapannya semasa bermesyuarat ibarat dibuat perhiasan..Mungkin dia berniat menjadikan Al-Quran menjadi saksi percakapannya kot..



Kita cukup seronok mengatakan orang tu menghina Al-Quran orang ini menghina Al-Quran tanpa kita sedari mungkin kita juga telah menghina Al-Quran (bukan semua).

Setakat manakah kita benar-benar memahami hakikat sebenar kedudukan al-Quran disisi Islam dan bentuk-bentuk penghinaan al-Quran lainnya yang tidak kurang beratnya yang tidak kita sedari?

Al-Quran bukanlah sebuah buku atau kitab yang keramat yang perlu disimpan di tempat-tempat tersembunyi, disimpan di tempat-tempat tertutup dan dipulaukan. Namun hakikatnya, al-Quran adalah pegangan paling utama umat Islam di setiap masa dan ketika. Al-Quran perlu difahami isi kandungannya dan dijadikan panduan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan hikmah dan ilmu serta jalan petunjuk kepada kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Melalui al-Quran, ALLAH menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya yang perlu dilalui oleh manusia untuk menuju kehidupan yang terbaik dan bahagia.

Namun itu tidak lagi diutamakan oleh umat Islam hari ini secara umumnya. Umat Islam hanya meletakkan al-Quran tidak lebih hanya sebagai perhiasan, bahan simpanan di penjuru-penjuru sudut rumah, bahan hantaran perkahwinan, pertandingan bacaan al-Quran, dan hanya diambil sedikit-sedikit sahaja daripada keseluruhannya (seperti surah Yaasiiin yang dibaca disetiap malam Jumaat).

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP