Wednesday, July 22, 2009

MODEL MINUM ARAK

Duit denda orang boleh bayar tetapi kalau kena sebat baru kasi gentar sikit orang yang suka minum arak. Balasan kepada orang minum arak di akhirat esok lagi dasyat. Sama-samalah kita muhasabah diri.



KARTIKA SARI DEWI memfailkan rayuan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, semalam.

Tertuduh juga boleh kena penjara jika gagal bayar denda RM5,000

KUANTAN: Seorang model sambilan dari Singapura dijatuhi hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam selepas mengaku salah meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan di Cherating, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus membuat keputusan itu selepas tertuduh, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, mengekalkan pengakuan bersalah selepas kes itu disebut kali pertama pada Disember tahun lalu.

Dia dihukum enam kali sebatan dan denda mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan hukuman rotan itu akan dilaksanakan oleh pihak penjara Persekutuan.

Sumber: Berita Harian

P/S : besa la tu..model2 skrg..dan bukan model jugak..skrg org islam mnum arak..besa suda la..aku tak heran la..berlambak2 dah...kah kah kah...malas mo pkir...

0 comments:

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP