Saturday, May 9, 2009

SISTEM KEHIDUPAN KITA

Sebenarnya, aku jarang menyediakan tulisan aku sendiri dalam blog aku nie..selalu, aku pergi ke blog2 lain, website lain dan memasukkan info dari sana..dan masukkan ke dalam blog aku..sebab aku rasa, aku patut kongsikan apa yg aku tahu dan info yg baru aku tahu...walau apa pun aku tidak dapat kongsikan pemikiran dan pandangan dari ceruk2 minda aku dengan pembaca blog nie.. :) ..walaupun pembaca blog nie x lah byk seperti blog2 mega yg lain..tapi aku sungguh gembira dan teruskan meng"upload" apa2 yg terbaru..mungkin mulai ari nie aku kena rajin membuat post aku sendiri..hehe..

ok lah, x mo cerita panjang di bahagian introduction...selalu klaw buat tesis, introduction mmg pnjang gila..supaya tebal..dan markah pun byk..hehe..sebenarnya apa yg aku mahu tulis dan luahkan kali ni adalah berhubung kehidupan kita..aku sering tertanya2..kenapa ada yg susah..dan kenapa ada yg senang..dan lebih menyedihkan, di dunia kita..lebih ramai yg susah dari yg senang...dan bagaimana zaman dahulu kala menghadapi sistem perekonomian mereka..adakah org zaman mesir purba juga mengalami nasib yg sama..adakah org zaman tamadun rom juga mengalaminya dan adakah mereka juga mengalami tahap di mana ada rakyatnya yg terlalu miskin sehingga masuk ke rancangan bersama mu tv3??

Mungkin sekarang kita patut bertanya kepada diri kita sendiri..adakah kita tergolong dalam golongan yg senang ataupun susah..adakah kita kaya?? adakah kita miskin?? sebenarnya asas kehidupan kita hanya lah inginkan makanan utk hidup, mencari pasangan lalu berkahwin dan meneruskan zuriat kita..bila aku fikir2kan semula, kita hanya perlukan makanan utk hidup dan meneruskan kesinambungan kita sebagai manusia..tidak lebih dari itu..oleh itu..pada aku, org zaman mesir tiada yg susah..org zaman rom tiada yg susah..org dari zaman tamadun mesopotamia tiada yg susah..org dari zaman tamadun mayan juga tiada yang susah..kerana mereka tiada masalah utk makanan..mereka berkebun dan memburu utk mencari makanan..untuk berkahwin juga tiada masalah kerana tidak perlu wang hantaran dan majlis2 besar sehingga terpaksa meminjam wang dari bank..mereka adalah golongan yg hidup senang..cukup dari segi keperluan mereka..kerana sistem mereka membenarkan utk membuat demikian..

tapi, jika di bandingkan dengan sistem manusia skrg..adakah kita mampu utk berbuat demikian?? ingin dapatkan makan, kita berkebun..tapi, tiada tanah..tanah hendakah di beli..bila mahu memburu, tiada haiwan yang hendak di buru..semuanya hendaklah di beli..bila hendak mencari pasangan..kenalah bekerja..memiliki pekerjaan yg baik..maka pihak pempuan pun berminat..bila hendak berkahwin, perlulah ada hantaran..nilainya lebih tinggi...x bley kawin suka2 klaw xda duit..bila mahukan sebuah rumah, hendak lah membeli rumah..kena buat pinjaman perumahan..dan hutang sehingga bertahun2....mahu buat rumah sendiri, tiada kemahiran dan perlu duit utk pekerja mahir...semua antara contoh2 yg aku berikan adalah contoh sistem kehidupan kita..."sistem" itu di sendiri di cipta oleh manusia sendiri..dan di pakai oleh manusia sendiri..dan akhirnya, kehidupan manusia sekarang lebih ramai yg susah berbanding senang...mungkin sesiapa yg tergolong didalam golongan senang akan mengatakan lebih ramai yg senang di dunia ni..tapi, perlu di tanya balik..sejauh mana kesenangan kamu..berbanding berbillion manusia lain mengalami kesusahan..mereka tidak dapat menampung keperluan mereka sendiri..

Mungkin ada yang mengatakan.."yala, zaman dulu2 mana senang..tiada tv..x enjoy..tiada shoping komples..x boleh lepak2..clubbing pun tiada! x enjoy..x senang"...kebanyakan kehidupan manusia sekarang dikelilingi oleh hiburan semata2..tapi tidak menyedari, hiburan itu sendiri menganggu sistem yg kita gunakan sekarang..sebagai contoh, kita ambil seorang perempuan..sekarang perempuan amat sukakan hiburan..amat suka membaca gosip2..sangup berbelanja membeli majalah2 utk hiburan..akibatnya,"perempuan" tadi tidak fokus dalam belajar..dan akhirnya, gagal peperiksaan penting. Selepas belajar, tidak dapat mencari pekerjaan..klaw x pun keja kilang..gaji x cukup..maka makan pun x cukup...mo kahwin pun susah..kena cari husband yg senang skit..mo kawin pun kena duit..mahu rumah sendiri..kena ada duit juga..((itu antara contoh dari banyak situasi yg ada)--- dan sekarang mari kita pikir balik ayat tadi ---> "yala, zaman dulu2 mana senang..tiada tv..x enjoy..tiada shoping komples..x boleh lepak2..clubbing pun tiada! x enjoy..x senang"

Bila kita lihat dari segi keperluan..kita sering mengikuti trend semasa..secara asasnya, kita manusia hanya perlukan pakaian utk menutup tubuh badan kita dan sedikit gaya yang sesuai..tapi jika di lihat zaman manusia skrg..bila kita ketingalan dalam suatu gaya, maka kita di tertawakan..bila masih ada org yg memakai baju kurung, kebaya, baju melayu utk pergi berjalan2..mmg gerenti di tertawa kan..skrg zaman pakai t shirt..sluar jeans..dan t shirt pun byk gik trend terkini..manusia makin kompleks..keperluan lebih kepada gaya..sistem yg amat rumit..contoh, ada yg sanggup tidak makan hanya utk membeli baju trend terkini yg mahal, maka terpaksa kumpul duit..tujuan beli baju?? alaa, klaw lelaki mmg la mahu tackle awek2..takkan nak tackle balak kan..dan perempuan, bgaya pasti mahu di pandang lelaki..seperti yg saya katakan tadi, asas manusia hanyalah mahu makan dan menyambung kesinambungan manuia (iaitu dgn mencari pasangan , kahwin dan beranak)..skrg kita boleh lihat bagaimana sistem manusia skrg amat yg kompleks utk menyambung kesinambungan manusia itu sendiri...terlalu banyak hiburan , gaya dan benda2 tidak berfaedah..

ok, bila kita pergi ke rumah orang..bila rumah tersebut tidak memiliki televisyen..mmg konfirm kena kutuk..hina dina la rumah org yang tidak memiliki televisyen..tapi pernah kah kita terpikir..televisyen itu hanyalah hiburan..bukan asas kehidupan kita..adakah kita pernah terpikir 3-4 jam waktu malam kita hanya d televisyen..lepas tu tido..seolah-olah sistem kita sekarang byk di ganggu oleh hiburan..hmmm..dan adakah kita pernah terfikir..mana2 golongan yg terlibat dalam bidang hiburan ni mesti kaya raya?? harison ford kaya, jim carey kaya, jenifer aniston pun kaya, tukang buat kartun disney pun kaya, semua pelakon/penyanyi dan mana2 golongan hiburan kaya..termasuk mawi af, siti nurhaliza dan bermacam2 lagik..mungkin kah hiburan di dunia ini telah menyebabkan "kesusahan" bagi manusia di dunia ini? seperti contoh yg aku nyatakan di atas..

Mungkin ada pihak yg menyedari situasi ini..mungkin ada golongan tertentu yg mengunakan hiburan ini sebagai sumber kekayaan..dan hiburan ini akan melembapkan manusia yg lain..biar manusia menjadi penagih kepada hiburan..sbgai contoh jika kita tidak melihat tv, wayang di panggung, mendengar muzik kita akan jadi ketagih...??? mungkin kita juga tertanya2, adakah sistem begini wujud pada zaman tamadun mesir purba? tamadun mespotamia? hindus? rom? mayan? dan tamadun lain?

Aku harap manusia akan lebih sedar mengenai perkara ini..adakah kita masih ingin mengunakan sistem begini utk generasi kita seterusnya? untuk beribu2 tahun akan datang? kita patut lebih mempelajari sejarah dan menghargainya..mempelajari kesilapan dahulu dan memperbetulkannya..sistem yg kita warisi ini mungkin patut kita ubah..kerana kita yg mencipta sis tem ini maka kita jugalah yang merubahnya untuk kebaikan.. :)

0 comments:

RAMALAN CUACA

RENUNGAN HARI INI

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP