Sunday, February 8, 2009

FESYEN LIDAH BERCABANG

Ni lagik satu..uhh..fesyen terkini yang agak banggang jugak aku tgk...lidah bagus2 x bercabang..tapi nak sgt bercabang...kah kah kah..



P/S : Nanti ko kena sumpah jadi monyet padan muka ko..tu baru fesyen namanya...fesyen monyet..kah kah kah...

ISRAEL JADIKAN BUDAK 13 THN SEBAGAI PERISAI MANUSIA

Israel jadikan budak 13 tahun sebagai pelindungan untuk memberhentikan rakan-rakan beliau dari terus membaling baru kepada tentera regim itu. Hampeh betul la Israel ni, betullah saya ada baca artikel Israel ini sebenarnya pengecut.



P/S : Padan la byk budak2 jadik korban..huhhh...kesian budak tuh...klaw x tahan nak kencing ke..berak ke..uhhh...

MACAM-MACAM LAHH!!

03 Feb 2009 12:22PM

VENICE: Pelancong ke Venice kini boleh membeli 'pas tandas' melalui Internet untuk menggunakan tandas awam di bandar itu sebelum mereka tiba di bandar popular itu.

Jurucakap bandar itu berkata langkah itu adalah untuk mengekang masalah pelawat yang menggunakan longkang dan tempat lain sebagai tandas.

Harganya? Tujuh euro untuk menggunakan tandas 10 kali dalam masa lima hari.

Balai bomba terbakar

TOKYO : Sebuah balai bomba di ibu kota negara itu hangus dijilat api apabila seorang pegawainya terlupa hendak mematikan dapur gas sebelum meninggalkan balai itu untuk menjawab panggilan kecemasan.

Pegawai bomba itu telah berjanji akan memesan makanan dari kedai selepas insiden itu.

Kebab Kambing Daging Babi

LONDON: Kebab ayam atau kambing yang anda beli di United Kingdom mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi dan mungkin mengandungi daging lain, demikian menurut satu kajian pegawai Jabatan Kesihatan bandar itu.

Tinjauan yang melibatkan 494 kebab serata United Kingdom itu mendapati bahawa enam daripadanya mengandungi daging babi, termasuk dua kebab yang dilabel sebagai halal.

Pesta tetap pesta

TORONTO (Canada): Mereka terkandas lebih 24 jam di Sungai St Lawrence. Namun, 400 anak kapal dan penumpang kapal persiaran CTMA Vacancier itu berpesta sementara menantikan bantuan keselamatan tiba.

Kapal tersebut tidak dapat meneruskan pelayarannya dari Montreal ke Semenanjung Gaspe kerana dikelilingi bongkah ais yang tebal.

Seorang jurucakap CTMA berkata mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan pemandangan yang indah di kawasan itu telah menenangkan penumpangnya. -- Reuters.

TUALA SEKSI

Hmmm...kali ne jum layan gambar seksi2..kah kah kah..tapi seksi lain...tuala seksi yg baru..aku memang beli tuala ne klaw sdah sampai d sabah/kk...kah kah kah...jum tgk pic



P/S : Tuala idaman ..kah kah kah...

AKU KENA BAGIK "M.C" 2 HARI

Huh..baru2 ne..aku kena demam yg teruk..sampai kena bagik injection 2 kali..dan kena bagik MC sebanyak dua hari...sori la sebab lama x update..kerana ketidaksihatan yg berpanjangan..kah kah kah..apa apa pun..alhamdulilah..skrg sdah beransur pulih..dan bley update blog ne seperti biasa..adioss !!!!

Wednesday, February 4, 2009

WANITA GERGASI

Memang tinggi amoi sorang ne..tgk je..pintu pun lepas...katil pun kena panjang ne..kena panjang 9 kaki - 10 kaki...kah kah kah...




PAKATAN RAKYAT TEWAS DI PERAK



Kerajaan Pakatan Rakyat gabungan PAS,PKR dan DAP yang berusia 11 bulan tumbang di Perak kerana 3 orang ADUN telah melompat ke BN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

Tahniah kepada BN kerana merampas semula Perak semoga betul-betul dapat merintah dengan jujur dan membela rakyat setelah dapat memerdekakan rakyat dari mimpi ngeri pemerintahan Pakatan Rakyat yang semasa pilihanraya dahulu dipilih oleh rakyat Perak itu sendiri. Semoga rakyat Perak akan hidup lebih selesa selepas ini.

Baru sahaja Pakatan Rakyat menampar BN dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu, kini mereka ditampar 4 kali pula oleh BN sehingga tumbang terus di Perak. hoho

Ini bermakna kerajaan Pakatan pilihan Rakyat tinggal 4 negeri sahaja lagi. Apa akan terjadi dengan Pakatan Rakyat selepas ini? Adakah "ikatan perkahwinan" antara PAS,PKR dan DAP akan goyah selepas kejadian ini? Betul ke dakwaan , parti PKR tidak boleh dipercayai? Adakah DSAI sendiri akan melompat ke UMNO selepas Ezam, Jamaludin dan Osman? Adakah UMNO sudi menerima DSAI? Adakah selepas ini akan ada gambar DSAI berpeluk dengan Dato' Najib pula akan terpampang di muka akhbar dan blog-blog?



Dunia politik ni memang pelik dan ajaibkan. Betul la kata orang, orang politik ni lidah bercabang.



Lidah bercabang adalah peribahasa Melayu untuk orang yang suka cakap berdolak-dalik. Sekejap cakap A, sekejap cakap B. Hari ni buat kenyataan ini esok buat kenyataan lain pula. Adakah mereka lupa menipu itu berdosa? Apa lagi kalau menipu jutaan rakyat Malaysia. Macam mana nak minta ampun di Padang Mahsyar esok seorang demi seorang. Teringat kata-kata...dunia politik ini kotor, penuh dengan tipu helah demi satu tujuan sahaja iaitu KUASA. Jangan jadi ular bercabang pula...kiri patuk kanan belit.



Diharap orang politik ni janganlah sibuk sangat nak berpolitik sahaja sehingga terlupa tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jangan bikin rakyat pening la... kalau tak nak pening kita ignore jer politik ni.

Ini menunjukkan kuasa rakyat semasa pilihanraya tidaklah se"power" mana. Yang power ialah wakil-wakil rakyat yang mereka undi, mereka boleh jadi umpama katak - lompat sana lompat sini.

P/S : Lompat si katak Lompat..Lompat la tinggi2...ngeh ngeh ngeh..Kesian pakatan rakyat..belum genap setahun memerintah...

BAGAIMANA NAK BUAT ANAK KEMBAR?

Senang jer klaw nak buat anak kembar nie..right click mouse tu pastu pilih copy...pastu paste je kat mana2...jadi la anak kembar yg di inginkan..mcm dlm gambar d bawah..

.

website hit counters
Get a free hit counter here.

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP